You are here
Home > Uncategorized > Harga Tiket Final Kekal RM 50

17,444,222 total views, 3,433 views today

Harga Tiket Final Kekal RM 50

Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini tetap RM 50.

Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan,

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50.

Pihak FAM tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain.

Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti.

FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Bicara Bro : Bagaimana bola sepak Malaysia nak maju tanpa sokongan dari penyokong.

Suara penyokong perlu diutamakan dari fikirkan keuntungan semata-mata.

Penaja kan banyak. Jangan nak jadi macam Astro sudah la.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Harga Tiket Final Kekal RM 50

  1. macam mana la nak naikkan bola sepak tempatan kalau harga tiket melambung macam ni. elok-elok boleh bersantai bersama keluarga dekat stadium, terus tak jadi sebab tiket mahalkan. lepas tu stadium kosong mula la nak salahkan peminat.

  2. mungkin ramai yang tak menyokong kata2 aku ni tapi RM50 boleh dikatakan murah selagi apa yang bakal kita tonton tu adalah perlawanan yang menarik.tapi bila perlawanan tak menarik RM20 pun kita akan kata mahal.betul tak? 🙂

Leave a Reply

Top