March 28, 2024

Gadis Hilang Ikut Rakan Facebook

Seorang bapa, Mohd Sabri Samad runsing apabila anak perempuannya, Nurul Nur Syawaltue lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook

Anak perempuannya yang berumur dalam 14 tahun berkenalan dengan rakan lelaki yang berusia 20-an sejak tiga hari lalu.

Kehilangan anaknya disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan Rabu lalu.

Dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Beliau hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

Beliau juga percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampir.

Bicara bro : Banyak kes remaja perempuan lari dari rumah. Dan kebanyakan daripada mereka berumur awal belasan tahun.

Jangan kuar mulut buaya masuk mulut harimau sudah. Umur macam dorang nie, mudah sangat diperdayakan

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Gadis Hilang Ikut Rakan Facebook

  1. btol tu bro..budak2 skang ni dah tak pk kesan akibat perbuatan diorg tu..pk nak sronok je..adehhai..kalao iya suka pun ngan lelaki tu jgn la bodoh2 g ikut je..

Leave a Reply to kaizen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *