PIlih Kasih sudah memasuki musim ke-3 untuk tahun ini.

Seperti yang anda sedia maklum,

Selama ini, Rosyam Nor merupakan satu-satunya juri untuk program relaiti ini sepanjang 2 musim.

Adakah anda pelakon yang kami cari?

Dan untuk musim ketiga. Pelakon popular, Erra Fazira dan Umie Aida dipilih menjadi juri untuk program realiti lakonan Pilih Kasih.

Bak kata abang Rosyam Nor selaku Penerbit Pilih Kasih,

Pemilihan dua pelakon wanita itu adalah bagi memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.

Beliau mencari pembaharuan bagi memantapkan program ini dengan menampilkan dua pelakon yang cukup disegani dan berpengalaman dalam industri seni tanah air.

Dengan adanya Erra Fazira dan Umie Aida dapat membantu beliau membuat pemilihan dan secara tidak langsung mereka dapat menurunkan ilmu kepada pelakon-pelakon baru.




Program ini juga bakal mengekalkan pengarah tersohor, Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai tenaga pengajar.

Program yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini bakal memulakan uji bakat di beberapa lokasi di seluruh negara.

Jika anda yang kami cari.

Jumpa kami di lokasi uji bakat di seluruh Malaysia.

Bicara Bro : Seperti kata abg Rosyam semalam, bro dah terlalu tua untuk join rancangan ini.

Tetapi dia nak bro sentiasa bersama dengan rancangannya ini. Thank sebab sudi sponsor tiket bro sepanjang program ini berlangsung.