April 19, 2024

Cerekarama TV3 – Bawaku Ke Syurga

Syurga itu terletak dibawa tapak kaki ibu.

Itu yang mampu bro perkatakan semasa menonton cerekarama – Bawaku Ke Syurga lakonan mantap Fasha Sandha & Fiza Elite.

Kedua-duanya membawa watak banduan,

Dari dua dunia yang berbeza, berlatar belakang berbeza. Tetapi watak yang dibawa atas perkara yang sama, iaitu konflik antara anak dengan ibu.

Sorang mempunyai ibu yang membencinya

Dan sorang lagi mempunyai ibu yang menyayanginya.

Bawaku Ke Syurga mengisahkan mengenai dua orang banduan wanita, Siti Aisyah dan Rozinah yang sedang menunggu hukuman mati dalam penjara.

Siti Aisyah didapati bersalah kerana mengedar dadah manakala Rozinah ditahan atas kesalahan membunuh.

Perbezaan sikap membuatkan mereka akrab. Siti Aisyah yang panas baran sentiasa ditenangkan oleh Rozinah yang penyabar.

Siti Aisyah akhirnya dibebaskan dari tuduhan membunuh atas berkat doa ibunya sehinggakan rakan kongsi Aisyah tampil dan mengaku dia yang melakukan pembunuhan.

Tetapi Rozinah, setiap hari tetap menerima tomohan dan macian dari ibu kandungnya. Atas sebab ibunya amat membencikan ayahnya yang meninggalkan beliau semasa mengandungkan Rozinah.

Dan beliau dipaksa berkahwin dengan Mahmud, seorang penjaja buah-buahan.

Akhirnya, sedikit demi sedikit pintu hati ibu Rozinah terbuka dan menerima anaknya. Tertapi semuanya sudah terlambat. Tuhan lebih menyayangi si Rozi.

Memang banyak pengisian yang bro dapat dari cerita ini. Dan ianya bukan cerita kosong. Dan mampu memberi kesedaran terutama kepada mereka yang masih mempunyai ibu.

Ada beberapa quote dalam cerita ini yang sempat bro ingat dan ingin kongsikan kepada anda.

“Dah la masuk penjara.. jatuh sakit pulak tue… bukan sahaja menyusahkan aku, kerajaan pun susah nak menjaga dia nie”

“Selamat tinggal anak neraka”

“Menyesal aku membesarkan kau”

-Perbualan Mak Rozi –

*****

“selama ini mak tak ikhlas membesarkan rozi”

“kalau buat apa-apa dalam keadaan marah, semua benda tak akan menjadi”

“selama ini, mak yang memberi semangat kepada saya”

– Perbualan yang menyebabkan Mak Rozi sedar –

Bicara Bro : Selamat hari jadi buat ibu bro pada 19 October ini.

Sejahat-jahat bro, tidak sesekali bro lupa pada ibubapa bro. Dan bro berharap sangat sebelum bro atau mereka menghembus nafas terakhir, bro mampu meminta maaf kepada mereka.

Harap anda juga sama

cc : Bosan baca blog review copy paste pasal cerita ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Cerekarama TV3 – Bawaku Ke Syurga

  1. kalau dilihat pada isu2 semasa skg ni, rasanya mmg byk idea yg sutradara kita bley olah utk buat drama skg ni. kisah2 pengajaran cmni ptt diteruskan. biarkan cerekarama jd trademark utk drama2 memberi pengajaran

  2. tengok cerita ni malam tadi..layan berdua dgn si tecik.. Apa pun ketahuilah setiap patah kata yg keluar dari mulut seorang wanita yang bergelar IBU/MAK/MAMA dan seangkatan dgnnya adalah satu DOA…tak kisah la perkataan yang keluar tu perkataan baik mahupun buruk….Untuk kita yang berstatus anak2…jgn sesekali menyakiti hati IBU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *