March 29, 2024

Berhati-hati : Kawan Makan Kekasih Kawan

Ini bukan kes kawan makan kawan.

Bahkan lebih teruk dari itu. Iaitu kawan makan kekasih kawan.

Ada sesiapa sini baca paper hari ini dimana kes kawan makan isteri kawan [tajuk panasnye la kan].

Isi dalamnya,

Ada menyatakan suspek sanggup menfitnah kawannya supaya dia dan isterinya bercerai. Kemudian suspek cuba menjadi penyelamat keadaan dengan menolong bekas isteri kawannya itu.

Dengan niat yang tidak baik.

Ada ke benda macam nie pernah berlaku pada anda atau disekeliling anda?

Bro pernah kena dulu.

Apa bila kawan baik bro sendiri menfitnah bro dan dia. Sehinggakan kami putus tanpa sepatah kata.

Cuma baru-baru ini kami dapat bertegur sapa. Dan bro dah tahu cerita sebenarnya dan apa sebenarnya yang terjadi antara kami.

Tue baru cerita biasa2 je. Belum lagi kes kawan makan kekasih kawan. Betul x?

Bicara Bro : Kalau tak nak kawan makan kekasih kita. Jangan berkawan dengan member sejenis kita he…23x

Dan kalau boleh, jangan kenalkan kawan dengan kekasih kita.

Nak selamat, cari kekasih biasa-biasa je. Tak de la kawan kita nak pandang.

Nak lagi selamat. Jangan sesekali libatkan kawan dalam hubungan korang. Dan bro memang tak minat kawan yang sibuk nak amik tahu. Kalau kawan perempuan tak pe la. Kot-kot boleh jadi bakal ke kan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Berhati-hati : Kawan Makan Kekasih Kawan

  1. Kisah ni berlaku kat kawan seopis..
    geram pun ada kat yg rampas tu.. tapi nak buat camne.. org ‘besar’.. tapi memang tak patutlah……

    1. rezeki dia he…23x

      malas nk cakap lebih2.. nnt terkena hidung sendiri…

      note : perempuan pun ada hak untuk buat pilihan… bukan ustazah pilihan je he..23x

  2. tak suka nak get involve dgn realtionship org..kekadang sy prefer utk menjauh diri dr kawan2 yg sdng berkapel ni..tak kira la lelaki ke pompuan..langkah berjaga2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *