April 18, 2024

30 Hari Raya : Pengembaraan Mencari Batang Buruk

Batang buruk?

Apa itu batang buruk.

Adakah ianya spesis batang sama seperti Batang Berjuntai ataupun Batangkali.

Adakah ianya mempunyai pertalian darah dengan Kinabatangan.

Dan adakah ianya terlibat dengan kes penyalahgunaan batang mop mahupun batang penyapu?

Jom kita mencari jawapannya dari beberapa klue di bawah ini

Kes pencarian batang buruk bermula….

Dari keinginan buruk seseorang yang mengidam benda bukan-bukan sehinggakan memburukan suasana yang sedia ada.

Buruk ke..??

Yup.. seburuk muka si pengidam di atas.

Pencarian bermula dari Muar, Johor..

Tiada kesan dan evident dapat dijumpai yang boleh membawa kepada penemuan batang buruk.

Sekali breaking news la pulak…

Apa…?? bukit Puchong…!!! Roger & out babe…

Sekali rumah retis la…

Rupanya ramai retis yang bersekongkol dalam misteri kehilangan batang buruk.

Dan perjalanan diteruskan ke rumah Pak Cik Sarawak yang terletak di Bukit Subang.

Bukan di Sarawak.

Tetapi hampa semuanya… Batang paip saja yang banyak. PVC pula tue… Kalau jamah, mahu habis celah gigi je nie.

Pencarian terpaksa di teruskan.

Kali ini, lokasi yang disyaki adalah di Banting.

Terima kasih kepada Tikar Terbang Airlines kerana sudi menaja pengembaraan kali ini.

Maklumat yang diterima mengatakan batang buruk berada diantara kerajaan langit dengan kerajaan bumi.

Krew pencarian batang buruk terpaksa mengukur dan membezakan jarak langit dengan bumi.

Peralatan yang digunakan mesti la batang.

Batang buluh yang dipanggil galah.

Jom main galah panjang nak..??

Habis putus harapan.

Terpaksa mengunakan alternative lain dengan menggunakan twitter sebagai medium mendapatkan maklumat.

Akhirnya terjadinya tweetup.

Dengan kehadiran artis. Menambahkan kesukaran untuk menemuinya.. Kuih tat banyak la…



Sasaran seterusnya,

Rumah Yana Nanako yang mengaku tidak bersalah atas kes kehabisan batang buruk.

Tengok muka dia.. memang tak boleh nak dipercayai.. Nampak sangat keburukannya akibat terlebih menjamah batang buruk.

Pencarian terpaksa di teruskan dengan bantuan pakar dari UKM – Unit Khidmat Masyarakat.

Siap ada perkhidmatan teksi pergi balik untuk beberapa orang. Lebih…?? duduk dalam bonet.

Untuk menjayakan pencarian ini.

Para-para pencari terpaksa beramas mesra dengan masyarat bangsar.

Walaupun hasilnya tidak semantap call gurl yang pandai beramas mesra. Tetapi dapat gak mengumpulkan sedikit maklumat yang membantu dalam pencarian ini.

Akhirnya batang buruk ditemui.

fuhhh jenuh gak nak jadi tukang karut nie.

Kredit semua sekali di atas ini selain karutan yang bro karang kepada Aslann As – Watak utama dalam pencarian Batang Buruk, Bukan Batang Aku.

Bicara Bro : Batang buruk dekat rumah bro ada lagi. Tiada pula yang nak datang he…23x

Tolong jangan menyalah gunakan batang mop atau penyapu ek. Bro dulu selalu gunakan sebagai ampaian dalam dorm masa duduk asrama.

Kontest : Siapa jumpa muka bro dalam gambar-gambar di atas dalam entry ini. Bro bagi RM100.. Aci x..?? He..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “30 Hari Raya : Pengembaraan Mencari Batang Buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *