You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Telemovie Raya – Ku Petik Dosa

17,411,033 total views, 2,562 views today

Telemovie Raya – Ku Petik Dosa

Pagi tadi bro berkesempatan untuk menonton telemovie raya, Ku Petik Dosa.

Lakonan mantap Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia dan Fikree Bakar.

Jalan ceritanya banyak mengisarkan mengenai Nia Qaseh yang menjadi mangsa dera dan juga mangsa seksual yang kerap berlaku dalam masyarakat masa kini.

Sipnosis Ku Petik Dosa

Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh.

Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta.

Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam.

Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris.

Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi.

Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.

Bicara Bro : Isu yang serius tetapi kita asik terlepas pandang dek sibuk dengan kerjaya.

“Ku Petik Dosa”

Petik lebih-lebih sikit, tapi jangan hulur pada bro. Duit raya tak apa he..23x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Telemovie Raya – Ku Petik Dosa

  1. Salam.. Sy pon tgok jugak td.. Mmg best.. Hangin je tgok prngai husband die tu.. wife die lak, bole lak g biar je.. rahsiakan je.. mujur last sekali die sndr yg g bgtau polis.. huhu.. pape pon, best cite ni.. byk pengajaran.. 🙂

  2. I’ve seen it and I think we ca’t just judge on one side, only “iman” can control the lust….by the way, why is that women is so afraid to call the police instead of jerking at that pitiful girl….

  3. Beb last nite aku tengok citer nih kat TV3. Sangat tersentuh hati. aku nagis…actually tis morning aku masih terfikir pasal kanak2 malang tu…pada sesiapa ibu bapa yang ada anak please carefull skit rrr…sometimes kite tak jangka dan jgn letak kepercayaan penuh pada insan yg kita sangka baik sebenarnya bersikap shaitan…sebaik mana org yg menjaga anak kita, nursery, pengasuh, jiran atau saudara mara…ibu adalah yang terbaik…kita yg melahirkan…

Leave a Reply

Top