You are here
Home > Uncategorized > Status Halal – Pastikan Guna Logo JAKIM

17,411,041 total views, 2,570 views today

Status Halal – Pastikan Guna Logo JAKIM

Status Halal, selalu menjadi pengukur kepada pengguna sama ada sesuatu makanan atau produk tersebut halal atau tidak.

Peraturan baru akan dikeluarkan mengenai isu penggunaan logo halal.

Bermula 1 Januari tahun depan,

Semua pengusaha restoran dan premis makanan yang menggunakan perakuan dan logo halal selain daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (Main) tidak lagi dibenarkan.

Keputusan ini dibuat berikutan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan Parlimen pada Julai lalu.

Bermula tarikh itu juga akan berlakunya penguatkuasaan dan pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 (individu) dan RM250,000 (pertubuhan) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna mulai 1 Januari 2012,

Tidak ada lagi logo halal selain daripada Jakim yang boleh digunakan terutama di premis makanan dan restoran.

Logo lain yang digunakan pengusaha restoran akan terbatal dengan sendirinya pada tengah malam 31 Disember 2011.

Bicara Bro : Kalau boleh semua produk yang diimport masuk ke negara ini perlu diletakan label halal dari Jakim.

Termasuklah produk kesihatan mahupun kecantikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Status Halal – Pastikan Guna Logo JAKIM

Leave a Reply

Top