Pasangan pelakon,

Mohammad Norhakim Zaidon, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka.

Majlis ini berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1..

Dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Bicara Bro : Berakhirlah sudah kontroversi yang hangat diperkatakan satu ketika dulu dan sehingga kini masih tidak habis-habis diperkatakan.

Alhamdulillah mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Bagaimana dengan korang, kahwin pun belum dok hentam dia habis-habisan. Cuba kahwin baru tahu perkahwinan korang bagaimana. Jika baik, alhamdulillah. Jika tidak, itu la dugaannya.

Baru-baru ini bro mendapat khabaran. Member bro baru sahaja bercerai dengan suaminya, walaupun anak dah besar-besar. Dugaan pasti ada.