Hari ini,

Genap 1 dekad peristiwa 9-11 dimana peristiwa serangan penganas keatas bangunan World Trade Center.

Dan serangan tersebut dikatakan didalangi oleh penganas muslim.

Bro mengarang entry ini.

Bukan nak mengaibkan sesiapa. Hanya sekadar ingin berkongsi sesama kita makna disebalik kejadian ini.

Bro masih ingat,

Semasa kejadian ini, bro masih bersekolah lagi.

Masa itu, hanya bro dengan 4 orang rakan sahaja yang ada dalam kelas. Yang lain sedang mengikuti lawatan sambil berlajar ke KL & Genting.

Time bosan-bosan cikgu malas nak mengajar.

Hp bro berbunyi.

Oh, ada sms rupanya [time sms pun makan 20 sen], bro dapat info dari memember bro yang mereka dipaksa keluar dari KLCC, sebab disaksi akan diserang pengganas.

Dan masa itu baru bro tahu bahawa, US sedang diserang.

Serangan tersebut banyak memberi kesan kepada semua.

Dan disini bro nak sharekan beberapa perkara yang mungkin kita sendiri tidak tahu mengenai fakta disebalik serangan ini.

  1. Ianya dijadikan alasan untuk memburu Osama Bin Laden secara besar-besaran.
  2. Umat islam di US, dijadikan mangsa serangan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan serangan tersebut.
  3. Imej islam tercalar.
  4. Pertubuhan Negara-Negara Islam jelas tidak bersatu.
  5. Ekonomi US kembali pulih dalam tempoh 12 Jam
  6. Segala urusan antarabangsa di WTC dipindahkan ke pangkalan data kedua dan aktif seperti sediakala dalam masa beberapa jam selepas serangan.

Ini sahaja yang dapat bro kongsikan.

Sedikit info tambahan :-

Serangan 11 September 2001 membabitkan empat serangan serentak terhadap sasaran di New York dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Anggota al-Qaeda didakwa merampas empat pesawat dan menggunakan dua daripadanya untuk merempuh Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Kedua-dua menara itu musnah sama sekali dalam masa dua jam.

Pesawat ketiga digunakan untuk merempuh Pentagon di Arlington, Virginia. Apabila penumpang cuba menguasai pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, ia terhempas di kawasan lapang berhampiran Shanksville, Pennsylvania, menghalangnya daripada sampai ke sasaran di Washington,DC. Hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan itu.

Gambar semasa serangan berlaku.

Bicara Bro : Keganasan akan dibalas dengan keganasan.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerna hidup dalam negara yang aman damai. Cuma ada segelitir dari kita yang mencalar keharmonian.

Sehinggakan kita digelar negara yang lahirkan penganas.

Mereka sedang menanti waktu dan isu yang sesuai untuk mengambil kesempatan keatas kealpaan  kita. Itu yang Tun Mahathir sedar dari dulu – Melayu Mudah Lupa.

Buktikan anda betul-betul cintakan negara dengan menjawab kuiz ini.