March 29, 2024

Luahan hati Seorang Blogger [Part 13] – Pengiklan Menipu, Tak Bayar Blogger

Adverlets menipu..!!!

Nuffnang menipu..!!!

Innity menipu..!!!

Itu baru syarikat pengiklanan yang menempek banner di blog.

Belum lagi syarikat pengiklanan yang meminta kita mempromote link iklan mereka seperti says.my & churpchurp.

Adakah mereka menipu?

Apa yang menyebabkan korang mengatakan mereka menipu?

Payment lambat bayar, iklan tak masyuk, income dapat sikit, tiada iklan masuk etc.

Cuba amik masa sekejab untuk anda berfikir dan renung-renungkan.

Payment lambat bayar?

Mungkin ada masalah dari segi pembayaran. Dalam tempoh masa 45-90 hari, apa-apa pun boleh terjadi. Mungkin cashout anda terlepas pandang atau tidak dapat dibuat atas sebab-sebab tertentu.

Payment tak pernah dapat?

Adakah anda pernah mengemaskinikan maklumat anda?

Dari segi nama, alamat mahupun akaun bank anda. Bro pernah check akaun seseorang yang bising kenapa payment dia tak pernah dapat.

Bila bro tolong check akaun dia.

Nama pun tak lengkap. Sekadar letak nama samaran

Alamat rumah? Lagilah tak lengkap

Bank akaun? Tak pernah diletak. So bagaimana pembayaran nak dibuat.

Income dapat sikit?

Layak ke blog anda mendapat income yang banyak?

Trafik pun iframe. Kandungan blog pun copy paste. Kedudukan iklan tak strategik. Iklan tak sesuai dengan kandungan blog dan blog anda.

Tak dapat banyak iklan?

Korang fikir-fikirkan semua. Layak ke blog korang mendapat banyak iklan. Lagi-lagi Buffering Earning yang banyak diperkatakan oleh setengah blogger.

Lagi-lagi bila anda sendiri buat froud click dengan klik iklan sendiri atau meminta orang lain klik iklan anda.

Siap ada tagline

“U klik, I klik”

Bicara Bro : Kebanyakan pengiklanan yang bro pernah sertai, tidak pernah mempunyai masalah untuk membuat pembayaran kepada bro tiap-tiap bulan.

Cuma dulu, adalah prob sikit dari segi pembayaran apabila bro tersalah masuk maklumat yang mereka perlukan.

Tak salah bertanya jika anda menghadapi masalah dengan mereka.

Bak kata Ben Ashaari :

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pembayaran , korang email terus je pada mereka untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Takat tanya kawan-kawan , kadang-kadang tak membantu sangat.

Salah satu bukti payment yang bro kongsikan di facebook.

Dan payment yang paling kerap bro terima adalah dari says.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

40 thoughts on “Luahan hati Seorang Blogger [Part 13] – Pengiklan Menipu, Tak Bayar Blogger

    1. btw nak tanya bro, ok tak income dr advertlets? aku ada nuffnang, tp tkt nak pakai advertlets ni sbb tkt hilang status glitterati

    2. susah nak cakap la.. bro pasang pun sebab nk dapatkan advertorial je…

      dorang je yang sudi bg advertorial kepada bro.. nak harap nuffnang memang bro xpernah dapat..

      dari advertlets leh la dpaat dalam 200 ke atas tiap2 bulan ikut jumlah advertorial yang bro terima

    1. macam2 bro…design sana sini, chatting sana sini, download sana sini, hehehhehe ^_^

      *sebenarnya tak ada aktiviti selain dari pergi balik kerja, makan dan tidur T_T

  1. setakat ni hanya setia nuffnang jerrr… payment kalau kena pada masanya nak cash out, maka cepatlah dpt payment.. tp kalau dah click cash out 5hb, pastu bising2 cakap 2 bln pun tak sampai cek, abih tu camno?

    1. cam bro… main cash out je bile cukup syaratnye…

      xkisah duit dapat bile.. dari dok kumpul berketul2 dalam akaun tue…

      then dah cash out tayang hasil yang bertahun2 kumpul he..23x

    2. kalau nuffy mmg tak dapat di nafikan….depa bayar jua walau lambat…..
      su baru sekali dapat bayaran……
      merasalah jugak

  2. itu la salah satu akibatnya meletakkan ads di site yang takde kualiti..harapkan nasib je la..tak monetize betul-betul..:D salah sendiri juga semua tu..:D

  3. kene tipu ngn pengiklan..xpernah lagi sbb nak cash out pon bertahun lagi kot baru dapt cash out..
    tapi kalau kene tipu ngan makhluk allah bernama manusia..banyak kali dah..2hri lepas bru kene paw kat terminal one seremban..nasib2..aggap je la bg sedekah kat penipu tu.

  4. aku takde masalah bab bayaran ni. Yang masalah..depa selalu lambat bayar. Itu aje. Tapi still bayar la. Lambat aje problem. Bukan pasal maklumat apa tak lengkap, lengkap dahh, tapi still lambat..

  5. so far baru sekali je cash out nuff..and dari pengalam cash out tu so far ok jek. tak lambat pun. but, next cash out tak tau bila lagi..hehehe..

    for me tak jadi masalh pengiklan menipu ke ape la sbb mmg bukan niat nak jana income dari blog pun..just sambilan dan side income je..ada rezki ada lah..kalo takda nak buat macam mn kan..lagipun hati belum betul2 terbuka nak jana income dari blogging ni. bnyk nak kena fikirkan dulu:)

Leave a Reply to Ayuni Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *