March 29, 2024

Menyintai Pasangan Bukan Kerana Nafsu

Boleh dikatakan ramai pasangan muda sekarang “bercinta” berlandaskan nafsu.

Maaf jika kenyataan ini terlalu pedas dan berat untuk diperkatakan di blog ini. Tetapi itu lah kenyataan yang perlu anda tahu dan terima.

Jika bercinta terus ajak couple [walaupun baru sahaja berkenalan] atau sekadar skandal.

Dan ianya dijadikan lesen besar untuk :-

  • Pegang tangan
  • Berpelukan
  • Berciuman
  • Lebih dari itu [anda sendiri boleh fikirkan]

Bro tertarik dengan kandungan akhbar hari ini.

Mengenai kes mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya.

Polis mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan berkenaan berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun.

Suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Beliau membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.

Bicara Bro : Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang beriman.

Dia mampu menjaga maruahnya sehingga ke akhir hayat. Bagaimana pula dengan kita.

Peringatan kepada blogger : Jagalah maruah anda sebagai blogger. Kita menulis untuk berkongsi, bukan untuk menjaja maruah kita.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Menyintai Pasangan Bukan Kerana Nafsu

    1. Budak-budak zaman sekarang.. makin diajar makin tidak mahu menerimanya…

      sebab tue ape yang diajar tidak dapat diterima masuk atau diguna pakai

      hasilnya…

      ini la hasilnya

  1. apabila terlalu banyak didedahkan dgn tv/internet/bahan2 hiburan bukan ilmiah beginilah jadinya masyarakat..
    jadi, kita kena berbalik pada institusi keluarga..didikan agama dari rumah yg menjadi tunjang pada segala2nya..
    insyaAllah kalau agama diletakkan no. 1 dalam hati pasti Allah akan memudahkan segalanya..

    semoga anak2 dan generasi kita terhindar dari perkara sebegini

  2. org zaman sekarang dah semakin kejam…..bunuh membunuh umpama membunuh semut…salah sikit tikam,rampas bf/gf tetak,bakor fuhhh manusia akhir zaman ……

  3. smlm tgk ustazah fatimah az zahra kat astro, dia kata org mati kena bunuh kena bakar ni mati shahid kecil..wallahuallam..
    semoga mangsa tu ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

  4. penulisan ada kalanya lebih berkesan untuk sedarkan mereka.. namun zaman sekarang banyak mana pun pendedahan yang di lakukan ianya tidak berkesan…
    apa yang best sangat…

  5. Give Fatihah to the victim, yes, she’s a good person because she knows her limit and then, who are we to judge that human being is so unkind, our religion is the guard, who has faith in it will be safe……

Leave a Reply to d_tieah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *