Boleh dikatakan ramai pasangan muda sekarang “bercinta” berlandaskan nafsu.

Maaf jika kenyataan ini terlalu pedas dan berat untuk diperkatakan di blog ini. Tetapi itu lah kenyataan yang perlu anda tahu dan terima.

Jika bercinta terus ajak couple [walaupun baru sahaja berkenalan] atau sekadar skandal.

Dan ianya dijadikan lesen besar untuk :-

  • Pegang tangan
  • Berpelukan
  • Berciuman
  • Lebih dari itu [anda sendiri boleh fikirkan]

Bro tertarik dengan kandungan akhbar hari ini.

Mengenai kes mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya.

Polis mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan berkenaan berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun.

Suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Beliau membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.

Bicara Bro : Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang beriman.

Dia mampu menjaga maruahnya sehingga ke akhir hayat. Bagaimana pula dengan kita.

Peringatan kepada blogger : Jagalah maruah anda sebagai blogger. Kita menulis untuk berkongsi, bukan untuk menjaja maruah kita.