Lagi kes artis dengan blogger.

Kali ini melibatkan blog hiburan. Bro tak pasti blog siapa yang dimaksudkan.

Pelakon komedi, Pian Cecupak atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman,

Telah membuat laporan polis terhadap dua pengendali blog hiburan yang didakwa memfitnah kononnya dia masih menggunakan kolagen dan dua anaknya malu menerima dia sebagai bapa.

Dia percaya fitnah itu disebabkan pembabitannya semula dalam dunia lakonan apabila menjayakan program Lawak Minggu Ini episod kelima bersama Apek dan Yassin yang disiarkan di saluran Astro, 2 September lalu.

Dalam program itu,

Beliau berlakon sebagai pondan dan menghias muka dengan solekan tebal. Mungkin itu punca beliau dituduh kembali menggunakan suntikan kolagen.

Pandangan Bro :

Blog pasal artis memang mudah jana trafik dan mampu menarik minat orang untuk membacanya.

Tetapi anda perlu ingat. Dalam menulis blog, pastikan anda menjaga sensitivity sesetengah pihak. Pastikan ada yang anda kongsikan mempunyai bukti dan fakta yang kukuh.

Apa-apa pun artis tidak mampu lari dari gosip dan fitnah.

Bicara Bro : Berbaloikah korang hidup dengan mencanang gosip dan fitnah duniawi?

Sekarang, blogger dah mampu bertahap artis ataupun usahawan berjaya. Anda sendiri yang pilih laluan anda sendiri dalam berblog.