You are here
Home > BroFramestone Bertanya > Kenapa Perempuan Zaman Sekarang Suka ON/OFF Pakai Tudung, Pendapat Anda?

17,436,587 total views, 442 views today

Kenapa Perempuan Zaman Sekarang Suka ON/OFF Pakai Tudung, Pendapat Anda?

Kenapa perempuan zaman sekarang, ada sesetengah daripada mereka sekejab pakai tudung, dan kadangkala tidak.

Adakah mereka memakainya sekadar untuk trend?

Bro tertarik dengan topik yang dikemukakan oleh Alya Esprezzo di laman twitternya.

Pendapat Bro,

Bila tudung sekadar menjadi perhiasan diri dari menjadi pelindung diri (hijab). Dan pemakaian tudung menjadi satu trend zaman sekarang.

Apa yang bro boleh perkatakan :-

  • Tudung mencover hipokrik seseorang
  • Tudung menjadi daya penarik dan mampu menarik lelaki untuk memandangnya [korang fikirkan sendiri]
  • Tudung besar-besar dari kepala tetapi bentuk body tetap xtercover
  • Tudung lilit berlapis2 atas kepala.. tapi baju selapis dan nipis
  • Memakai tudung menjadi satu perkara yang paling seksa sekali [berjam-jam nak pakai tudung]

Itu pendapat bro.

Bagaimana dengan pendapat anda yang lain?

Sudi-sudikan kongsi pendapat anda dengan bro dan pembaca blog bro.

Apa yang anda perlu buat

  1. Buat entry untuk menjawab persoalan ini (tajuk tema mahupun perhiasan entry ikut selera korang)
  2. Kredit link ke entry bro ini
  3. Jangan lupa selitkan link kepada Alya Esprezzo – http://www.alyaesprezzo.com
  4. Tinggalkan link anda di ruangan komen.
  5. Nanti bro akan promote entry dan jawapan yang bro rasa sesuai untuk bro kongsikan dengan pembaca blog bro.

Itu sahaja.

Antara mereka yang sudi memberikan pandangan mereka :-

  1. Nami Namia
  2. Miss Jajan
  3. ..

Note : Dalam tempoh 24 jam bro akan tutup.. Tapi korang boleh je nak jawab.. Itu hak korang kan.

If nak bro promote entry korang di twitter.. promote entry korang dan tag bro di twitter @broframestone

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

18 thoughts on “Kenapa Perempuan Zaman Sekarang Suka ON/OFF Pakai Tudung, Pendapat Anda?

  1. Confirm pasal ikut trend dan sebab utama kerana jahil. Mereka ini selalunya yg dilahirkan Islam jadi ilmu dalam ugama tak tentu ada. Jadi bila rasa nak pakai, pakailah dan bila rasa dunia ni dia yang punyer tinggallah hijab di rumah. Sekiranya wanita-wanita ini yakin dan percaya sepenuhnya semua yg dimiliki datangnya dari Allah swt dan kita hidup di dunia ni pun ehsan dari Allah swt, sudah tentu dia akan patuh segala perintahNya.
    Macamlah.contoh kecil kalau kita menumpang rumah orang, sudah tentu kita ikut peraturan tuan rumah supaya kita tidak dihalau. Jadi kalau nak hidup di bumi ni, makan dari rezki yg Allah beri dan hirup O2 yg Allah beri, ikutlah perintah Allah, simple. Kalau tak nak ikut kenalah pergi buat bumi sendiri atau cari bumi milik “Tuhan lain” yang redha tak pakai tudung atau boleh pakai baju ketat or tak.solat. Simplekan.
    Jadi kepada saudara2 perempuanku yg sebegini atau yg tak pakai tudung langsung, yakinlah semua ini termasuk kita ini milik Allah, ikutlah perintahNya. Dunia ni umpan jer tempat ujian kerana hadiahnya bukan sini tapi di Syurga nanti. Rugi besar berseronok di dunia yg sementara dan menderita di akhirat yg berkekalan. Dan jangan sombong kata belum datang SERU, mana ada lagi Rasul lain atau kitab lain nak seru kita, semua dah diturunkan. Jangan seru mati datang dulu.
    Kepada ayah dan suami, nasihatlah dengan penuh hikmah kerana saham mereka ni buat dosa anda semua pun kongsi pegang/labur. Besar tu, jangan lebur bersama.
    Semuga kita beringat2 bersama-sama dan diredhai Allah sentiasa. Amin.
    BTW bagi kaum lelaki pun sekarang ni sama juger suka tunjuk lurah2 bila seluar dah londeh,Esh takkanlah nak jaga between pusat dan lutut pun payah!! Dan nasihat makcik, pergilah solat berjemaah di masjid tu.. Jangan jadi macam org perempuan juga sekejap ada sekejap tak. Kalau Jumaat tu atau Ramadhan, alhamdulillah. Hari lain, sedih.
    Wassalam

  2. erk..cam tak sempat je nak bt entry..takpe la..komen pandangan sy je la kat sini eh..

    ni antara alasan yg paling tipikal dgr bila tanya pasal bila nk pakai tudung:: panas/rimas, ayah/suami tak bising suh pakai, tak sesuai la ngan fesyen yg aku pakai skang, dll macam lagi la.

    antara sebab tudung boleh jd cam chipsmore tu ialah:
    1. ikut2an – nampak artis tu pakai tudung fesyen tu, ikut. sbb lawa je dia pakai. tp bila sndri pakai tak lawa, terbang la.
    2. jahil tentang agama/tutup aurat – pakai tudung dah molek, skali baju mak aih, transparent habis..ape ceR?
    3. masuk masjid or pergi acara keagamaan kena la pakai, kalo tak kang orang marah.
    4. dan mcm bro ckp la, tudung tu sekadar perhiasan je.. sbb tu la boleh jd on & off..

  3. Well, I like this topic because we can see even some of the female bloggers here don’t use the hijab….hm, wearing hijab is a must in Islam and who doesn’t seems playing around with Allah’s word. I don’t want to judge others but to tell about my experience that I’m wearing the proper hijab since 5 of age and my family quite strict about it…..

Leave a Reply

Top