You are here
Home > Uncategorized > Jurukamera BERNAMATV Maut Akibat Peluru Sesat

17,691,165 total views, 4,891 views today

Jurukamera BERNAMATV Maut Akibat Peluru Sesat

Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Manakala wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru

Wartawan ASTRO Awani, Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro berkata kejadian itu berlaku pada jam 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Wartawan BERNAMATV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam 6.10 petang waktu tempatan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Mengikut maklumat, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada jam 5.30 pagi waktu tempatan esok.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Bicara Bro : Peluru tidak bermata.

Sesiapa pun boleh menjadi mangsanya.

Teringat zaman-zaman muda berlari 20km dengan M16 & training guna snipper. Kalau la boleh kembali ke zaman tue.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Jurukamera BERNAMATV Maut Akibat Peluru Sesat

    1. Bro masa sekolah pernah attend kem ala komando.. duduk dalam hutan seminggu..

      Pepandai la nk hidup.. cross sungai perak lagi.. yg lain2 jangan tanya..

      Tue zaman memuda dulu..

      La nie, nk kuar rumah pun semput

  1. semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org2 beriman. sayang sbb byk sgt propaganda politik kerajaan yg mengambil kesempatan atas pemergian beliau ini. dgr citer, punca yg xboleh disangkal adalah disebabkan kelab putera 1umno asyik kibarkan jalur gemilang yg mungkin menyebabkan kekeliruan dgn bendera usa. puak anti-amerika mungkin tersilap ambush akibat hal tersebut.

Leave a Reply to muazfaris Cancel reply

Top