You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Hantu Bonceng, Terbaik & Banyak Pengisian

17,675,202 total views, 4,212 views today

Hantu Bonceng, Terbaik & Banyak Pengisian

Puas hati layan Hantu Bonceng malam tadi.

Berbaloi la juga walaupun tiket mahal nak mampus di KLCC. Sekurang-kurangnya bro support gak industri tempatan (sekali sekala) tanpa mendownload or beli barangan pirate.

Sinopsis Hantu Bonceng,

Movie ini mengisahkan Amran mat rempit sejati yang hakikatnya merupakan seorang penghantar pizza. Beliau amat mengemari berlumba drag motorsikal secara haram.

Amran telah di hadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Barang baik punya, suci tak terusik lagi. Memang hari bertuah untuk si Amran. Cuma malang tidak berbau, belum sempat nak menjamah si Maya, dia teraccident.

Kata orang, zaman sekarang. Tuhan bayar cash je. Si Amran terselamat tetapi Maya mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya.

Apakah perkara yang menghantui Si Amran dan kenapa Maya tetap terus menganggu Amran?

Korang tengok la dekat pawagam berhampiran ek.

Review Bro : Terbaik punya.

Boleh bagi 7 bintang jika ikut skala 1 – 5. Jalan cerita tidak kosong dan sentiasa diselitkan dengan sesuatu benda yang mampu buat kita terhibur dalam masa yang sama terkena batang hidung mereka yang terasa dengan mesej-mesej yang disampaikan.

 

Antara point yang bro masih ingat:-

  1. Kalau rasa tertiba rakan anda nak buat maksiat ke apa. Cepat-cepat azan.
  2. Pakwe yang cam cilaka perangainya, elok dipanggil babi dari baby. Sesuai disamak
  3. Masa berlajar jangan la buat benda tak elok, nanti kerje dapat la benda yang xelok (tak gitew doktor)
  4. Jagalah maruah anda. Jangan tergadai jadi taruhan mat rempit
  5. Kalau nak race ke ape… pakai standard sudah.. tak payah nak modified.. Baru tahu siapa power
  6. Dari korang merempit baik tolong bergotong royong bersihkan kawasan masjid
  7. Jangan curang di belakang awek
  8. Kalau nak jadi abg yang bertanggungjawab, make sure cermin diri sendiri dulu
  9. Awek comey-comey ini perlu berhati-hati. Selidik latar belakang dia
  10. Jauhi nasi kangkang, Nasi kandar tak apa

Cukup la 10 point nie ek.

Kalau ikutkan banyak lagi. Bergantung pada korang la, sama ada mesej tersebut sampai atau tidak pada korang.

Bicara Bro : Kadangkala mat rempit diberi perluang untuk bertaubat, tetapi selalu disalah ertikan.

Member dah berkecai badan, jasah dan roh dah berpisah untuk selama-lamanya pun, korang tak sedar-sedar lagi.

Hidup hanya sementara. Sekurangnya hargai seperti mana mak korang harga sepanjang tempoh mengandungkan korang.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Hantu Bonceng, Terbaik & Banyak Pengisian

    1. Mana ada pandai buat review,

      Review biasa2 je nie.. Apa yang bro tengok, itu yang bro kongsikan..

      Tak kan nak review benda yang kita xtengok lepas tue bagi pandangan tong tang tong tang kan

      Wat penat je beli tiket memahal he..23x

      Baik layan Astro First je

  1. saya dah tengok dah bro…hilang kesantunan terus, gelak kuat-kuat,lupa dunia jap..hahahaha..yang paling lawak masa kawan amran tu azan kat telinga dia..hahahhha..mmg rasa nak guling-guling.

    1. He…23x dah xsantun la nie ek…

      Bro pun sama gak.. hilang ketidak henseman bro..

      Lepas part die kena azan tue.. die cover anu die dengan helmet.. demn sungguh..

      Tapi, kalau bro dapat juliana evan tue pun, bro mana boleh tahan dah tau

Leave a Reply

Top