Gambit Saifullah mengaku beliau bukan maki peminat.

Tak habis-habis kes si Gambit Saifullah. Lepas satu persatu kes terjadi.

Beliau mengakui ada mengeluarkan kata kesat iaitu ‘babi’ dan ‘anjing’ menerusi laman sosial facebook tetapi ia bukan ditujukan kepada peminat.

Sebaliknya kepada individu yang gemar membuat tohmahan kepada beliau selama ini melalui laman sosial terbabit.

Perkataan itu digunakan ketika pertikaman lidah bersama individu yang menyamar sebagai peminatnya di facebook dan dia didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kerana bengang sejurus dihambur banyak kata makian oleh pengkritiknya itu.

Adeh…!!

Satu je bro boleh pesan pada si Gambit Saifullah [if dia baca entry bro ini]

Kawal kemarahan dan cuba bersikap profesional.

Haters ada saja di mana-mana. Tipulah if bro katakan tiada artis yang tidak mempunyai hater kan.

Orang politik mahupun orang biasa juga tetap ada.

Yang membezakan cara kita memberi respon kepada mereka.

Bicara Bro : Jadi blogger lagi la ramai haterz. Punca…?? Semua benda boleh dijadikan punca.

Bro pernah juga bertekak dengan hater yang tidak suka dengan blog bro pada tahun 2007. Kes lama.

Sekarang,

Tetap ada, nak buat macam mana. Bila ada orang yang tidak selesa dengan apa yang kita miliki.

Blog ini kehidupan bro. Bro kongsikan segala-galanya di sini.

If korang menyampah dengan blog ini. Maknanya korang menyampah dengan kehidupan bro.

Dan ingatlah, kehidupan korang tue pun, bukan sesempurna mana dan mungkin ada orang menyampah juga dengan anda. Fikir-fikirkan :)