You are here
Home > Uncategorized > Gambar Suspek Yang Disyaki Terlibat Dalam Pengeboman Di Sungai Golok

17,445,601 total views, 4,812 views today

Gambar Suspek Yang Disyaki Terlibat Dalam Pengeboman Di Sungai Golok

Polis Thailand memburu dua beradik termasuk seorang daripadanya disahkan mempunyai dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia.

Mereka dipercayai bertanggungjawab memasang dan meletupkan bom di daerah Golok, pada 16 September lalu.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Chaitath Intanuchit berkata,

Wajah seorang daripada suspek berjaya dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di Hotel Merlin yang turut terjejas akibat pengeboman itu.

Lelaki tersebut iaitu Suhaidi Rubaku, 26, diburu bersama abangnya, Roslan, 27, yang dipercayai turut terlibat menghasilkan bom dan tidak menolak kemungkinan kedua-duanya telah melarikan diri dan bersembunyi di Malaysia.

Mereka yang berasal dari Mukim Peluru, Sungai Padi di selatan Thailand merupakan rakan kepada tiga lelaki yang ditahan polis Kelantan pada 14 Disember 2009 di Pasir Mas, Kelantan, kerana terlibat menghasilkan bahan letupan termasuk bom.




Kedua-dua suspek adalah pengedar dadah antarabangsa diisytiharkan sebagai penjenayah merbahaya kerana turut terlibat dalam pengeboman lain di daerah Golok pada 21 Ogos dan 6 September 2009.

Dari maklumat daripada 35 saksi dan melalui rakaman CCTV, mereka telah mengeluarkan arahan bahawa Suhaidi merupakan individu sangat dikehendaki polis kerana bertanggungjawab memasang dan meletupkan bom itu dan abangnya dipercayai turut membantunya.

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mungkin suspek berada di Malaysia selepas siasatan mendapati dia turut mempunyai Mykad, namun menggunakan nama berlainan.

Dalam kejadian pukul 7.30 petang, 16 September lalu, empat rakyat Malaysia maut, manakala 14 lagi cedera dalam tiga letupan bom di kawasan hiburan Jalan Charoen Khet di sempadan negara Thailand itu.

Bicara Bro : Seronok pula main bom-bom.

Tanpa memikirkan kesannya pada orang lain. Cuba terkena diri atau keluarga sendiri.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Gambar Suspek Yang Disyaki Terlibat Dalam Pengeboman Di Sungai Golok

Leave a Reply

Top