You are here
Home > Uncategorized > Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mempunyai Kuasa Polis Trafik

17,437,118 total views, 973 views today

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mempunyai Kuasa Polis Trafik

Bermula 1 Oktober depan,

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai kuasa sama dengan polis trafik untuk menyaman kenderaan bergerak bagi kesalahan melanggar isyarat lampu merah serta memotong barisan.

Anggota trafik warden DBKL juga boleh menyaman sehingga RM150 bagi setiap saman.

Ianya termasuk kesalahan menghentikan kenderaan di garisan kuning dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas.

DBKL dibenarkan mengambil tindakan undang-undang bertujuan untuk membantu polis mengawal persimpangan jalan, sekali gus memastikan pergerakan lalu lintas lancar.

Seramai 40 anggota DBKL dipilih untuk bertugas pada waktu puncak memantau di 10 persimpangan yang dikenal pasti.

Antaranya ialah persimpangan di :-

  • Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail,
  • Tuanku Abdul Rahman-Sultan Ismail,
  • Dang Wangi-Tuanku Abdul Rahman,
  • Pudu-Bukit Bintang,
  • Leboh Ampang-Tun Perak,
  • Tun Chan Cheng Lock- Jalan Sultan,
  • Tun Ismail-Jalan Ipoh
  • Jalan Parlimen-Raja Laut

Peruntukan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Kaedah-Kaedah Isyarat Lalulintas, membolehkan DBKL mengambil tindakan terhadap kenderaan bergerak.

Bicara Bro : Saman DBKL yang bro miliki pun tak terbayar lagi. Jangan la ada saman tambahan yang bro terima.

Kehidupan manusia zaman sekarang dipenuhi dengan saman menyaman.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mempunyai Kuasa Polis Trafik

Leave a Reply

Top