You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Antara Muka-muka Pencabar Mark Zuckerberg – Pengasas Facebook

17,411,069 total views, 2,598 views today

Antara Muka-muka Pencabar Mark Zuckerberg – Pengasas Facebook

Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet.

Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.

Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.

Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.

Dari kiri Mark Zuckerberg, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh, Ashkay Kothari dan Bro Framestone

Feross Aboukhadijeh – 20

Pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg,

Beliau mencipta nama dengan menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.

Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.

Beliau pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.

tetapi beliau kalah pertaruhan itu kerana mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut.

Joseph Huang

Beliau turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.

Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.

Ashkay Kothari

beliau mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.

Dan Thompson

Merupakan pelajar dari New Hampshire yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar.

Bro Framestone

Blogger yang tiada nama yang tidak mampu menarik minat mana-mana pihak dengan kepakaran yang beliau miliki.

Masih berlajar pengaturcaraan internet secara sendiri dan masih belum mahir dalam semua bidang yang diceburinya he…23x

Bicara Bro : Abaikan makhluk terakhir tue.

Menyusahkan mak bapak je. Hantar berlajar tinggi-tinggi. Kerje dan minat dalam bidang lain.

Nak buat cam mana mak, ini je yang anak mak reti buat selain menghabiskan beras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

58 thoughts on “Antara Muka-muka Pencabar Mark Zuckerberg – Pengasas Facebook

Leave a Reply

Top