You are here
Home > Uncategorized > Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal Pada 29 Ogos

17,433,287 total views, 952 views today

Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal Pada 29 Ogos

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,

Telah mengumumkan sebanyak 30 tempat yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun 2011.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal adalah:-

  1. Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka
  3. Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor
  5. Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  7. Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
  8. Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu, Terengganu
  9. Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan
  10. Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
  11. Kuala Sungai Baru, Perlis
  12. Menara Kuala Lumpur di ibu negara
  13. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya
  14. Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak
  15. Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah

Bicara Bro : Puasa tahun ini mungkin 29 hari. If tak nampak anak bulan. Maka raya jatuh pada 31 Ogos.

Bagi mereka yang puasa tidak mencukupi atas sebab-sebab tak berpuasa. Korang postpone je la raya korang.

Sekian,

Terimalah kenyataan….

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal Pada 29 Ogos

Leave a Reply

Top