You are here

17,439,707 total views, 3,562 views today

Soalan Untuk Muslim

Soalan untuk Muslim

Artikel yang dikeluarkan oleh pihak tertentu untuk menghentam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa aktiviti gereja yang dihadiri umat Islam di Damansara Utama, Petaling Jaya,

Artikel tersebut disiarkan di portal berita Malaysia Today kelmarin ditulis individu dan menperkenalkan dirinya sebagai John Doe.

Artikel tersebut dihasilkan dalam bentuk surat pertanyaan terbuka, didakwa khusus untuk umat Islam menjawab.

Soalan berkonsep ‘soul-searching’ itu diketengahkan John Doe dalam enam set berbeza dimulai kata-kata pengenalan yang menjelaskan prasyarat (untuk memahami) anda sudah membaca al-Quran, atau sekurang-kurangnya memuat turun versi PDF mahupun MP3.

Set A,

Penulis berkenaan mengetengahkan empat soalan antaranya menyentuh, adakah al-Quran firman Allah dan adakah setiap ayat di dalamnya datang terus daripada Allah serta perlukah dipatuhi semua umat atau sesetengah daripadanya.

Set B,

Dia cuba membangkitkan persoalan mengenai hukum syariah,

Adakah ia keputusan Allah, hukumnya mutlak atau tidak dan sekiranya hukumnya mutlak kenapa tiada dua negara Islam lain mempunyai undang-undang syariah yang sama.

Dia juga mempersoalkan berapa banyak hukum milik Allah ada, sekiranya itu yang berlaku dan kenapa Allah mempunyai hukuman yang berbeza-beza ke atas orang yang berlainan dan siapa Jais dalam hal itu.

Set C,

Soalan tertumpu kepada apakah Allah adil?

Mengapa Allah mengutuk sesuatu (kesalahan) perlu direjam, tetapi tidak yang lain? Sekiranya anda percaya Quran perlu diikuti, bermakna hukuman rejam harus dibawa (dipraktikkan) kembali.

Set D dan E,

John Doe cuba bertanya sejauh mana literalnya kita perlu mengikut al-Quran, adakah setiap ayat, beberapa daripadanya atau apa yang dikatakan Jais dan siapakah yang menentukan Jais adalah pihak berkuasa sepertimana Allah menyebut 1,400 tahun lalu?

Soalnya lagi, dapatkah Jais menunjukkan Allah-Manusia SMS, atau memberi e-mel, sijil daripada Allah dan mempersoalkan lagi siapa Jais.

Dia bertanya sekiranya Jais tidak dapat membuktikan mereka pihak berkuasa dari Allah, mengapa hukumannya berbeza daripada (amalan) Timur Tengah.

Set F,

Individu itu membangkitkan soalan-Apakah Allah membela umatnya? Apakah umat harus membela Allah? dan Siapa Jais lagi?

Bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak.

“Jangan cuba menimbulkan isu atau masalah yang sudah jelas diketahui umat Islam tempatan mahupun di dunia ini amat yakin hanya ada satu saja Tuhan iaitu Allah Taala dan Dia adalah sempurna serta adil.”

Bicara Bro :  Persoalan yang dikupas agak menarik dan mampu membuat umat Islam kembali berfikir.

Jangan sekadar tahu menjatuhkan hukum tanpa mempunyai hujah dan hadish yang sahih. Kita perlu ingat, agama islam merupakan satu agama yang mampu menarik ramai pihak mengkajinya.

Bagaimana pula dengan kita?

Sempurna mana islam itu, ianya akan cacat jika umat islam sendiri tidak menghayatinya serta menjaga kesuciannya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Soalan Untuk Muslim

Leave a Reply

Top