April 25, 2024

Senarai Lebuh Raya Berdiskaun Sempena Aidilfitri Serta Hari Kemerdekaan Tahun 2011

Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan.

Ianya akan bermula dari 25 Ogos hingga 2 September.

Lima lebuh raya paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini iaitu:-

  1. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS),
  2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH),
  4. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
  5. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)

Di ikuti oleh lebuh raya lain iaitu:-

  1. Lebuh Raya KL-Karak (KLK),
  2. Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I),
  3. Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB),
  4. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA),
  5. Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS),
  6. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP),
  7. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT),
  8. Lebuh Raya SMART,
  9. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS),
  10. Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
  11. Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE)
  12. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
  13. Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE)
  14. Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA)
  15. Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  16. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)
  17. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  18. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  19. Lebuh Raya KL-Kuala Selangor(LATAR) – memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini.

Sebanyak tujuh juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya berkenaan sepanjang tempoh diskaun membabitkan kos RM6.8 juta berbanding RM3 juta tahun lalu.

Diskaun berkenaan adalah antara program tanggungjawab sosial sebanyak 22 syarikat konsesi, selain menghargai pengguna lebuh raya.

Bagi pengguna LDP, pada 31 Ogos ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran mulai jam 12 tengah malam sehingga 11.59 tengahari.

Bicara Bro : Tengah plan nak balik raya bila.

If balik, pepagi  raya aci x? Macam zaman bro berlajar dekat U dulu. Pagi raya baru muncul depan pintu rumah he..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Senarai Lebuh Raya Berdiskaun Sempena Aidilfitri Serta Hari Kemerdekaan Tahun 2011

  1. wuaaah, tak penah rasa balik raya jejauh..teringin je nak rasa bersesak2 kat jalan balik raya..lagi2 plak kalo hari terakhir nak raya tu..perggh, lain btol feeling dia tu kan..ngeeeee

  2. hehe saya xpernah blk kg. mmg dok kt kg pon skg ni. smo family dkt2. pg raya lps smyg br balik beraya. sng. hehe. PLUS tu ptt bg diskaun spjg tahun pon. balik modal dh

Leave a Reply to ekspresiruang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *