You are here
Home > Uncategorized > Remaja Sekarang Berani Buat Maksiat Di Bulan Ramadhan

17,457,867 total views, 1,034 views today

Remaja Sekarang Berani Buat Maksiat Di Bulan Ramadhan

Remaja zaman sekarang, agak melampau juga tidakan mereka.

Tiada hormat pada bulan suci umat islam, dalam masa yang sama sanggup terlibat dalam aktiviti yang maksiat pada usia yang masih mentah.

Gila sungguh,

Ini antara kes yang bro baca dari akhbar tempatan.

Dua remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas membawa teman wanita berkongsi bilik di sebuah hotel dekat Kuah, Langkawi, untuk mengadakan hubungan seks.

Mereka bukan saja melakukan kegiatan tidak bermoral itu ketika umat Islam bersiap-siap untuk bersahur, tetapi turut ‘berani’ dengan menyewa hotel yang hanya terletak bersebelahan Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal).

Berdasarkan soal siasat, dua remaja perempuan berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah itu bekerja di sebuah kafe dan baru berkenalan pelajar lelaki itu.

Mereka berasal dari Langkawi dan mengaku menyewa di hotel berkenaan semata-mata untuk melakukan hubungan seks.

Masing-masing bawah umur, tetapi tindakan mereka sungguh melampau.

Bicara Bro : Susah nak jangka tindakan remaja zaman sekarang. Susah juga nak mendidik mereka, jika dari awal kurang didikan yang sempurna.

Lagi-lagi buat remaja perempuan. Yang sanggup merosakan masa depan pada usia yang muda.

Selagi boleh tegur, kita tegur. Supaya aktiviti seperti ini tidak sebati dalam kehidupan mereka. Perjalanan mereka masih jauh lagi

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

30 thoughts on “Remaja Sekarang Berani Buat Maksiat Di Bulan Ramadhan

  1. huishhh..gila advance betul yer diorang..padahal minor lagi tu, dah brani buat keja2 tak elok..ni sbb terpengaruh dgn persekitarana la ni..tambah pulak bila iman di dada cetek so otak pun jadi dangkal la nak berfikir..

    haiish, mintak simpang la benda ni jadi kat family sy,,

  2. Pada pendapat sy kan bro, mmg perlu tuding jari pd remaja. Tapi, lebih sgt2 perlu kte tuding jari pada ibu bapa, golongan yg lebih tua dr diorg, kerajaan, badan2 sosial, org2 yg mcm kita.. Remaja ni mmg bese tahap umur diorg memberontak n mencari identiti diri. it’s our job to guide them. Sepatut’a persoal’n, mana kte dlm smua ni? Adakah cara kte slama ni betul? Adakah kte tunjuk teladan yg baik? Tgk artist msia. Ramai yg islam, tp intisari’a tidak. at least kalo yg barat tu, kte ley ckp, ‘mmg la, diorg bkn islam.’ tp kte, yg islam, nk ckp camner? wallahualam.

  3. salam…

    betul kata bro tu…merentung buluh biarlah dari rebungnya…kalau agama tidak ditanam dengan kukuh dalam diri,begitulah jadinya…juga sebab faktor2 lain di sekeliling yang mempengaruhi…

  4. syaitan semua diikat namum yang tinggal adalah nafsu yang ditinggalkan oleh syaitan….manusia tewas…:(
    sedihnya baca berita sebgini…

Leave a Reply

Top