You are here
Home > Uncategorized > Pudu Sentral Penganti Puduraya

17,654,649 total views, 1,729 views today

Pudu Sentral Penganti Puduraya

Hentian Puduraya yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan nama baru terminal bas itu semalam.

Penukaran nama itu selaras dengan wajahnya yang moden dan baru, setaraf dengan sebuah lapangan terbang.

Keputusan itu dibuat berikutan cadangan seorang pengikut twitter Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau tweet setelah bersahur awal semalam bahawa beliau akan melawat Hentian Puduraya.

Selepas berbincang dengan pihak pengurusan hentian itu, beliau telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral.

Hentian Puduraya ditutup sementara pada Mac tahun lepas, setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu sangat dinaik taraf dan diubahsuai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambil kira keselamatan awam setelah ia beroperasi lebih tiga dekad.

Kemudahan itu kini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang.

Kerja-kerja menaik taraf itu dijalankan oleh UDA Holdings Berhad dalam dua fasa dengan kos RM52 juta.

Bicara Bro : Dah lama bro xpergi ke sana.

Bro memang tak suka pergi ke puduraya. Sebab macam tak selesa je dekat sana. Dan keadaannya yang kurang selamat.

Kadangkala macam tak cukup oksigen je rasanya

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Pudu Sentral Penganti Puduraya

Leave a Reply

Top