You are here
Home > Uncategorized > Pelajar IPTA Kelar Leher Rakan

17,675,194 total views, 4,204 views today

Pelajar IPTA Kelar Leher Rakan

Seorang pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok dekat sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya.

Ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli, sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan. Beliau sedar yang lehernya dikelar ketika dia pergi ke tandas ketika melihatnya di cermin.

Beliau dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.

Polis masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh.

Mengikut maklumat yang diperolehi,

Suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

Dipercayai suspek baru putus cinta sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali mengelar leher mangsa.

Belum dapat dipasti lagi sama ada suspek itu rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan.

Bicara Bro : Remaja sekarang mudah mengalami tekanan dan tidak mampu menahan tekanan yang mereka hadapi.

Mungkin perlu ada, modul pendidikan dalam mengurangkan risiko ataupun panduan mengawal tekanan.

Cara terbaik adalah solat dan seelok-eloknya solat berjemaah.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Pelajar IPTA Kelar Leher Rakan

    1. harap maaf, sy membetulkan keadaan..mangsa yg dikelar itu adalah sepupu sy, mohd khiril amir b zulkifli. sepupu sy junior yg baru msk ke ipta itu 2 3 bulan lepas. dia tak kenal tunang atau suspek krn dia baru masuk ke ipta itu..khiril adalah mangsa keadaan.. bila fikiran bercelaru mcm2 blh terjadi..syaitan dimana2..doakan sepupu sy sembuh 🙁

Leave a Reply

Top