April 26, 2024

Murtad Di Kalangan Umat Islam

Murtad di kalangan umat islam.

Antara isu yang semakin dipandang serius dan membuka mata sesetengah pihak yang alpa sehingga terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya mereka utamakan.

Dari menunding jari kepada orang lain, sehingga semua menunding jari kepada mereka semula.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan

Ianya memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama.

Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun. Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah.

Dalam tangisan,

Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: “Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini”.

Jadi,

Apakah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan?

Adakah ia berfungsi secara politik atau perundangan atau sekadar untuk acara rasmi saja?

Sekitar 1987, Jamaludin Othman yang menjadi Kristian dengan nama Jeshua, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memesongkan akidah ramai anak Melayu.

Namun, dia dibebaskan mahkamah atas alasan kebebasan beragama, berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

Sementara pakar undang-undang membincangkan hal ini, hakikatnya ramai orang Islam yang murtad.

Rekod rasmi menunjukkan pada 1989 ialah 4,776 Islam murtad, manakala pada 1997 hingga 1998, bilangan orang Islam yang mohon menukar kepada agama Kristian ialah 3,516.

Tidakkah ini menggerunkan?

Gerakan mengkristiankan orang Islam di Malaysia

Ianya bermula sejak kedatangan Portugis dan Belanda ke Nusantara.

Menurut Pusat Islam California, pendakwah Kristian menjadikan Malaysia sasaran mereka. ‘Window 10/40’ adalah singkatan kepada usaha mengkristiankan penduduk negara di antara garis lintang 10 dan 40 darjah di peta dunia.

Antara kes bersejarah ialah membabitkan Natrah, anak gadis Belanda beragama Islam yang dimurtadkan.

Peristiwa yang berlaku enam dekad lalu menyebabkan orang Melayu-Islam merusuh satu negara. Kes lain dalam ingatan termasuk Lina Joy, Nor Aishah Bokhari yang kahwin lari dengan pemuda bukan Islam dan Hartina Kamaruddin, wanita Perak yang menukar nama kepada Nivasni Rajeswari.

Isu gereja dan masjid

Ada pihak membangkitkan apa salahnya orang Islam ke gereja seperti bukan Islam ke masjid.

Ada juga menentang tindakan JAIS kerana berlawanan dengan semangat 1Malaysia, malah ada yang mahu Perlembagaan dipinda agar orang Islam juga bebas memilih agama.

Ketika perpaduan nasional dan keharmonian kaum menjadi matlamat negara, soal utama ialah kesucian dan kedaulatan Islam.

Bagi Muslimin, ini adalah perkara wajib. Tidak ada kompromi kerana mendaulatkan kedudukan Islam adalah jihad. Penganut agama lain dan warga negara Malaysia harus memahami prinsip ini.

Satu lagi perkara berbangkit ialah keberkesanan kementerian dan agensi yang diwajibkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan.

Apabila kes ini dibawa ke mahkamah kelak, pihak berwajib perlu mengkaji semula mekanisme dan kecekapan mereka menyalur bantuan agar tidak ada lagi orang Islam yang mengemis kepada gereja. Ini sangat memalukan.

Jika dibaca Buku Jingga, sepatutnya tidak ada lagi ibu tunggal yang daif di Selangor tetapi kerana janji ditabur dan tidak dikota, orang Islam miskin negeri ini terpaksa merempat di gereja.

Dilaporkan juga kementerian bertanggungjawab memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang , tapi yang pasti ia tidak dapat dinikmati ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapat makanan.

Jika kita yakin zakat dan Baitulmal ialah sistem Islam terbaik bagi mengatasi kemiskinan dan mewujudkan keadilan sosial, kenapa ini tidak berlaku dalam masyarakat kita?

Kredit artikel pada : Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Murtad Di Kalangan Umat Islam

  1. kes murtad ni satu isu yg perlu dan wajib di ambil berat. takkan la kita nak biarkan je kes ni berlanjutan sampai esok2 separuh penduduk islam malaysia ni murtad. mmg kita ada perlembagaan, dan perlembagaan tu boleh diubah. dah ternyata malaysia ni negara islam, spttnya perlu tegas dengan undang2 sndri. clause dlm perlembagaan tu islam sebagai agama rasmi dan kebebasan memilih agama tak bermakna org yg sedia islam boleh bertukar agama sesuka hati.patut diperjelaskan lagi syarat2 perlembagaan tu.

  2. selain daripada memandang dari sudut perlembagaan, pandang juga dari sudut keagamaan. mengapa mereka murtad? tidak cukup didikan? tidak diberi bantuan? terpengaruh dengan agama lain?

    tidak kuatkah agama kita? tidak cukup dakwah? tidak membantu sesama kita umat islam? ini harus diberi perhatian, kerana kita sebagai umat islam harus membantu antara satu sama lain.

    dari sini kita dapat lihat kelebihan mengamalkan amal makruf nahi mungkar, yang mana juga merupakan satu tuntutan dalam islam.

    wallahualam

  3. institusi zakat dan baitulmal tidak berjaya kerana manusia yang memegang institusi itu tidak bertanggung jwab. Tidak melaksanakan tugasan dengan sebaiknya. Mungkin juga tindakan terhad atas kekangan politik. Ada ‘tangan’ yang menghalang. Jika semua pihak BERSIH insyaallah keadilan akan tertegak.=)

  4. Isu murtad ni masalahnya disebabkan perundangan yangbelum cukup kuat menjamin kemaslahatan umat Islam..Perlembagaan harus dipinda, tukar kerajaan amacam? boleh pinda perlembagaan ke arah yang lebih menguntungkan umat Islam inshaAllah..

  5. Kita xmengalami benda ni, hanya bercakap atas dasar ilmu semata-mata bukan atas dasar pengalaman, bayangkan ada ibubapanya yang pada zahirnya melihat anaknya serba baik lagi solehah, tiba-tiba kerana perundangan ini anaknya murtad, nauzubillah, nak nangis airmata darah sekalipun tak guna sebab segalanya dah tertakluk dalam undang-undang manusia yang betol-betol merugikan umat Islam ni!!

  6. kita kena ingat ‘kebebasan agama”. manusia tidak berhak menghukum. biar Tuhan yang mghukum.

Leave a Reply to GR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *