April 18, 2024

Dah La Menyamun, Lepas Tue Simbah Asid Pula

Sudah la menyamun, kemudian sempat lagi menyimbah asid pada si mangsa.

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Tak berhati perut.

Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini.

Kes yang berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi.

Pada 8 Ogos pula, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.

Setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

Bicara Bro : Bro memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek.

Supaya tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999 [jangan hubungi bro, sudah la]

Awat muka suspek ini macam salah satu peserta Raja Lawak?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Dah La Menyamun, Lepas Tue Simbah Asid Pula

  1. manusia makin kejam skang ni..

    kes simbah asid ni pulak makin berleluasa. takda ke tindakan kerajaan untuk sekat penjualan asid ni? sekurang2nya sekat penjualan di kedai2. asid ni pttnya barang terkawal yg bukan boleh dijual sesuka hati.

    haiihh

    1. Maybe tukang simbah tersebut adalah penjual asid he..23x

      Tengok macam tak laku, so die buat marketing dengan bagi orang lain rasa cam mane asid tersebut bertindak balas he..23x

    1. dah lama xbace bleach he…23x tengok ape tah lagi…

      product bleach dekat pasaran pun bro x tengok even selalu pergi beli barang dapur dekat pasaraya he..23x

  2. mula hati ni rasa risau balik…bile kes ni dah dtg balik…hmmm…ya Allah ko lindungi la aku & semua muslimin & muslimat dr semua ini…..ko beri la mereka yang membuat keje keje ni hidayah untuk bertaubat..amin

Leave a Reply to haniekunie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *