April 26, 2024

Laporan Penuh Kes Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan sembilan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.

Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata,

Operasi bermula jam 6.15 petang dan ditamatkan pada jam 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira jam 1.20 pagi.

Operasi ini membabitkan 248 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands.

Sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah serta anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.

Kejadian itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah.

Mangsa yang maut ialah,

  1. Normadiah Lasik, 69
  2. Ali Hassan, 50
  3. Jaafar, 49
  4. Mohd Ikbal Jaafar, 15
  5. Sara Gunung, 37
  6. Norma Gunung, 51
  7. Yusnizan Yusof, 22

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.

Sementara itu, dua mangsa yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Laporan Penuh Kes Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil

Leave a Reply to Enchik Nine Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *