Masih tak reda-reda lagi isu Khairul Fahmi Che Mat yang putus tunang.

Seronok pula orang lain mencanang dan mengembar gemburkan cerita ini.

Tak ramai pula yang mencanang & mengemukakan cadangan ataupun perancangan terbaik buat skuad Harimau Malaya. Baru berbaloi dari dok amik tahu pasal kes Khairul Fahmi Che Mat dengan bekas tunangnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi.

Khairul Fahmi Che Mat mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

Beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Beliau tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

Bicara Bro : Jika ikut adat, elok keluarga sendiri yang pergi memulangkannya.

Untuk jadi pemain profesional mahupun mereka ingin profesional dalam kerjaya mereka. Elakan masalah peribadi menjadi punca kurangnya fokus pada kerjaya.

Bagi mereka yang mempunyai pasangan yang berkerjaya. Cuba elakkan masalah anda menganggu kerjaya pasangan anda.