You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Filem Nasi Lemak 2.0

17,441,658 total views, 869 views today

Filem Nasi Lemak 2.0

Namewee,

Sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan masyarakat apabila mempersendakan lagu Negaraku.

Dia juga pernah menggunakani bendera terbalik, maki hamun pengetua sekolah di Kulai, Johor dan Tenaga Nasional (TNB).

Kali ini,

Beliau tampil menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0.

Dan filem ini mendapat kerjasama artis tanah air apabila Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Datuk David Arumugam sedia berlakon dalam filem arahannya.

Karyanya agak mencurigakan apatah lagi Namewee cuba merahsiakan jalan cerita filem arahannya itu ketika ditanya media dalam majlis pelancarannya baru-baru ini.

Beliau mengatakan penghasilannya sebagai hadiah sempena Hari Kemerdekaan yang bakal disambut 31 Ogos ini.

Afdlin ketika dihubungi mengakui tidak menerima bulat-bulat karya baru artis yang pernah mencetus kontroversi yang memberi gambaran buruk kepada negara hingga mendapat perhatian kabinet.

Bagaimanapun,

Afdlin tertarik dengan kekuatan mesej perpaduan serta semangat sayang negara yang ditunjukkan Namewee hingga membuatkan dia sedia menerima tawaran berlakon dalam filem itu.

Sebelum menerima tawarannya, Afdlin ada bertanya, menyelami isi hatinya dan mengajaknya memikirkan apa yang kurang jelas, tetapi mahu disampaikan kepada rakyat Malaysia.

Dia mengakui memang sayang negara dan mahu merancang sesuatu yang memberi gambaran lebih tepat mengenai masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Namewee mahu melakukan perkara positif yang mampu membuatkan semua kaum faham tanpa persepsi atau gambaran kurang tepat terhadap satu sama lain.

Ramai yang bimbang mungkin karya Namewee bakal mencetuskan kontroversi baru.

Ini kerana Namewee cuba merahsiakan sinopsis Nasi Lemak 2.0 apabila ditanya media ketika majlis pelancarannya.

Turut menjayakan filem ini Kenny & Chee, Reshmonu dan Karen Kong

Filem Nasi Lemak 2.0 menggunakan bahasa Mandarin, Kantonis dan Hakka dengan tujuan memberi masyarakat Cina faham mengenai kepentingan semangat perpaduan dan bekerjasama dengan Melayu.

Namewee mahu orang Cina mendapat gambaran jelas. Filem itu turut menyelitkan penggunaan bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris dengan menceritakan latar hidup masyarakat berbilang bangsa menerusi karakter serta aspek menarik kehidupan seharian dilalui.

Matlamat utama filem ini, memberitahu kita semua duduk satu negara yang memerlukan perpaduan membina sebuah negara kuat dan maju. Kita pelbagai bangsa saling memerlukan untuk mengimbangi kekurangan satu sama lain.

Namewee menyatakan filem itu berkisar kepada seorang chef menjadikan nasi lemak sebagai metafora perjalanan hidup menjadi identiti diri.

Namewee juga menafikan judul filem itu ada kaitan dengan perhimpunan haram di sekitar ibu negara, bulan lalu. Katanya, ini bukan gimik baru dan angka 2.0 bermaksud generasi baru komuniti ‘online’.

Judul sudah mendapat kelulusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada April tahun lalu dan turut mendapat sokongan Jabatan Perdana Menteri.

Filem Nasi Lemak 2.0 arahan sulung Namewee menerusi hasil produksi gabungan Prodigee Media dan UB Prodigee Entertainment.

Tempoh siap filem itu sepatutnya pertengahan 2010, tetapi berlanjutan selama dua setengah tahun akibat isu kontroversi, penarikan diri pelabur serta penaja dan pos produksi.

Nasi Lemak 2.0 akan menemui penonton di 60 pawagam seluruh negara apabila membuat tayangan perdana pada 8 September depan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Filem Nasi Lemak 2.0

  1. Why namewee not include the hokkien in this movie? penang chinese also malaysian ma and lots of them speak hokkien!!!!!!

Leave a Reply

Top