March 29, 2024

Amaran Kepada Warga Nepal

Amaran kepada warga Nepal yang berada di Malaysia

“Tolong jangan berkahwin atau melakukan perkara buruk kerana anda masih terikat dengan kontrak”

Kata Duta Nepal ke Malaysia, Dr Rishi Raj Adhikari.

Beliau juga mengingatkan warga Nepal yang bekerja di Malaysia agar tidak menjalin hubungan romantik dengan penduduk tempatan bagi mengelak kesulitan di masa depan.

Ianya berkaitan dengan kes Noshahira Mohd Rasul yang dilaporkan lari mengikut teman lelaki warga Nepal ke Kathmandu.

Noshahira Mohd Rasul, 21, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di Padang Serai, Kedah, dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos.

Menurut maklumat polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira dan lelaki Nepal itu yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, menaiki pesawat dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos

Kedutaan Nepal sedia membantu menjejaki gadis Malaysia yang dilaporkan lari mengikut teman lelaki warga Nepal ke Kathmandu.

Bicara Bro : Dah tak laku rupanya lelaki warga Malaysia.

Bro rasa nak cari isteri warga asing la… Jepun ke.. Maghribi ke.. China pun ok pe..

Ada tak yang sudi :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Amaran Kepada Warga Nepal

    1. W’salam

      Tau xpe…

      Warga malaysia nie senang je nk cair dengan kata-kata.. ape yg penting..??

      Kena ayat guna bahasa melayu..

      Dorang nie salah berlajar bahasa melayu kot.. semua ayat manis2 je kuar

Leave a Reply to fahmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *