You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > 9 Sudah 21 Menanti

17,440,757 total views, 4,612 views today

9 Sudah 21 Menanti

9 Ramadhan telah berlalu.

Apa yang aku dapati..??

Makin banyak kekurangan dapat ku sedari. Satu persatu menyedarkan aku mengenai duniawi.

Aku hilang pendirian hidup dan kewibawaan yang aku pernah miliki selama 10 tahun ini. 10 tahun yang penuh dengan kegemilangan. 10 tahun yang penuh dengan kejayaan.

10 tahun ini juga aku dimartabatkan.

10 tahun ini juga aku dijulang

10 tahun ini juga mereka melihat aku sebagai somebody yang mempunyai pendirian dan kekuatannya sendiri.

Tetapi hari ini,

Semua itu tiada lagi ada pada aku, untuk dimartabatkan, untuk aku julangkan sebagai seseorang mahupun individu.

Tiada pendirian dan kekuatan.

Dulu aku lantang berkata-kata, dan setiap orang mampu menghormati aku.

Aku kini…??

Maaf, aku tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kepada diri aku sendiri, dia, mereka, agama dan negara.

Di manakah aku?

Mungkin aku memerlukan recovery dan seseorang yang mampu membuat aku seperti dulu.

Setiap lelaki yang terhebat mempunyai insan terbaik di belakangnya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “9 Sudah 21 Menanti

  1. adakalanya kita perlu jatuh semula ke bawah untuk membina sesuatu yang lebih kukuh supaya kita mampu mendaki ke puncak yang lebih tinggi

    Keselesaan yang selama ini dimiliki akan membuatkan kita lalai dan alpa.

    Jadi bro sepatutnya bersyukur, kerana Allah memberi bro peluang untuk membina semula sesuatu yang baru dan lebih stabil

    Jangan tergesa-gesa, kaji balik semula kenapa bro jadi begini, dan mulalah membina semuanya dengan langkah yang lebih berani.

    Insyaallah bro…I know you can do it 🙂

  2. setiap kelemahan, ada kekuatannya tersendiri..
    selami diri, cari kekuatan itu.. 🙂
    jika kekuatan itu dari orang lain, bina balik~
    🙂
    #ade gambar reena laa.. 🙂

Leave a Reply

Top