You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > 5 Sudah 25 Menanti

17,437,684 total views, 1,539 views today

5 Sudah 25 Menanti

Baru 1/6 Ramadhan, banyak benda yang bro ketahui.

Dan kadangkala ianya bukan sesuatu yang patut bro ketahui. Terasa dan sensitif tue tetap ada.

Biasalah itu, rencah duniawi.

Bro tetap perlu teruskan kehidupan. Dan tidak sepatutnya bro berhenti melangkah.

Melangkah dan terus melangkah.

Dunia tidak kekal lama untuo bro abadikan diri padanya.

Begitu juga dalam persahabatan.

Kadangkala, kita tidak boleh mempercayai orang yang mengaku mereka kawan kita.

Cukuplah sebagai kenalan.

Jika kawan, mereka lebih treat kita sebagai kawan. Dan bukan sebagai stalker hidup kita, pengambil kesempatan mahupun mereka yang duduk dalam selimut kita.

Kalau dalam kain..?? Biarlah pasangan hidup kita.

Cuma, susah nak berterus terang jika sesuatu itu di telan mati bapak, diluah mati mak.

Tercekik..?? Sendiri yang mati.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “5 Sudah 25 Menanti

  1. ada masalah ke?

    bese la tu kan..adat dlm hidup ni. kawan mkn kawan. berkawan sebab ada udang sbalik mee..dll.

    kekadang takda kawan pun lagi ok kot..bt apa kalau ada tpi tak menyenangkan hati..

  2. adakalanya benda yang tak mampu diluahkan lebih elok disimpan…tapi janganlah sampai tercekik…nanti hajat tidak akan kesampaian..cukuplah sekadar masing-masing memahami…eh eh apa pula yang kasih bebel ni..hehehe

Leave a Reply

Top