You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > 1 Sudah 29 Menanti

17,457,904 total views, 1,071 views today

1 Sudah 29 Menanti

Alhamdulillah,

1 sudah 29 menanti,

Tiada apa yang istimewa, tiada apa yang perlu aku ceritakan.

Cuma hari ini,

Aku mampu bersembang direct dengan adik perempuan aku, untuk hala tujunya dan matlamat jangka panjangnya.

Ok, aku tau..

Ayah aku dah tak mampu menyara hidup kami sekeluarga.

Aku..?? Abang sulung pada title sahaja.

Banyak duit aku habis untuk jelaskan hutang dan segala bil yang ada.

Berapa la sangat yang aku miliki dari blog ini. Blog yang tiada apa-apa, tetapi ramai yang menyampah dengan apa yang aku karangkan.

Selagi ianya mampu menyara hidup aku, keluarga aku. Aku akan cuba cari rezeki yang halal darinya.

Dan terasa hari-hari yang berlalu bagi aku membawa aku setapak ke arah kematian.

Moga perjalanan hidup aku, tidak menyusahkan orang lain.

Update via HTC Desire S

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “1 Sudah 29 Menanti

  1. kadang2 pegorbanan yang kita lakukan tidak terasa.. takpe.. selagi termampu.. berbakti kepada orang tua kita.. 🙂

    jadikan setiap hari ada azam baru bro~ 🙂

  2. you still have ‘her’ to be your shoulder to cry on….

    life is not easy as you expected. be strong bro. it always have a way to be success….never give up! that is the key

Leave a Reply

Top