March 29, 2024

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong – Perhimpunan Bersih

Istana Negara telah mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)

Ini menunjukan bertapa seriusnya perkara ini sehingga mampu menggugat kestabilan dan keamanan negara.

Sehinggakan Titah Khas dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dikeluarkan.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.




Bicara Bro : Bagi bro, tak salah buat perhimpunan dan demotrasi jalanan, asalkan ianya tidak menyusahkan orang lain, merosakan harta benda atau mengundang musibah kepada negara kita.

Korang kena ingat,

Semua ini duit rakyat, bukan korang je bayar cukai, bro pun bayar, belum lagi orang lain.

Ada otak fikir, ada mata pandang, ada hati perhati. Mana-mana perhimpunan diluar negara [terutama yang aman tiada kekecohan] semuanya tidak melibatkan perkara-perkara politik. Tak perlu la terbawa-bawa cara mereka. Amik yang positif

Walaupun kenyataannya, orang Malaysia memang pandai meniru.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Titah Khas Yang di-Pertuan Agong – Perhimpunan Bersih

    1. bro mati2 ingatkan mu malas nak basuh sebab nak buat kenang-kenangan huhu

  1. mmg orang mesia ni kaki copycat..kalo tiru perkara baik tu takpe la jugak..ni perkara yg buruk je nak ditiru..
    kalau tak menyusahkan orang tu ok la jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *