You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > [Tazkirah] Halal Haramnya Pendapatan Pengiklanan Di Blog

17,431,766 total views, 5,610 views today

[Tazkirah] Halal Haramnya Pendapatan Pengiklanan Di Blog

Tazkirah dari bro pagi ini ada kena mengena dengan isu yang dibangkitkan oleh wootwoot di laman blognya.

Maka di sini bro ingin kongsikan mengenai isu halal dan haramnya pendapatan pengiklanan di blog anda.

Terima kasih buat Abg Yen yang sudi bertanya kepada bro,

Duit hasil semua pendapatan yang terjana dari blog halal ke? Inginkan pengesahan. Saya pun menjana duit gak guna blog cume dalam hati masih ade rasa was2 tentang hal ini.

Harap bro ada penjelasan yang boleh hilangkan was2 saya tu…

Begini pula pendapat salah seorang pembaca blog bro iaitu Along Usop.

Kalau iklan tu dari sumber yg halal.. Contoh, iklan bukan arak/rokok/ bende2 yang haram maka sumber daripada iklan tu halal..

Pendapat Bro pula,

Pendapatan dari blog berunsurkan pengiklanan akan menjadi haram sekiranya.

  1. Iklan tersebut mengandungi unsur-unsur yang haram.
  2. Pendapatan dari iklan yang diperolehi dengan cara yang salah
  3. Pengiraan pendapatan yang diperolehi kurang jelas
  4. Pendapatan diperolehi dengan penipuan

Tak faham?

Meh bro huraikan dengan lebih lanjut.

1- Iklan tersebut mengandungi unsur-unsur yang haram.

Iklan yang mengandungi unsur-unsur haram.Β  Iklan arak atau berbentuk perjudian.

Iklan yang menggunakan cara-cara yang haram dalam mengiklan. Contoh, iklan yang menayang gadis yang seksi-meksi dedah aurat bagai sehinggakan menarik minat untuk mengkliknya.

Jika iklan tersebut bertujuan untuk mempromosi baju atau product pelansingan dan target mereka golongan perempuan. Tetapi yang klik kebanyakan orang lelaki yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai iklan tersebut. Dalam masa yang sama nak cuci mata + dijadikan modal untuk ehem2.

Tak pasal-pasal, free dosa.




2- Pendapatan dari iklan yang diperolehi dengan cara yang salah

Ini yang selalu terjadi dalam dunia blogging dan juga di facebook mahupun di twitter atau dimana-mana.

Dimana kita meminta orang lain mengklik iklan kita dengan syarat kita akan mengklik iklan mereka. Nampak tidak salah di situ dimana win-win situation.

Bagi bro, jika bro menjumpai iklan yang menarik di blog korang. Bro akan klik untuk mengetahuinya.

Tidak perlu rasanya bagi bro, untuk drop komen menyatakan bro dah klik iklan mereka dan meminta mereka mengklik iklan di blog kita.

3- Pengiraan pendapatan yang diperolehi kurang jelas

Pengiraan pendapatan yang kurang jelas menjadikan sesuatu pendapatan tersebut tidak bersih. Anda sebagai tukang promote iklan seharusnya tahu cara pengiraan pendapatan yang anda perolehi.

Sedangkan dalam perniagaan sendiri juga menyatakan pengiraan pembelian dan juga pembayaran yang gitu.

Bagitu juga jika anda hendak meletak ruangan pengiklanan untuk orang lain mengiklan di blog anda.

Bagaimana pengiraan anda.

Cukupkah dengan menyatakan RM100 untuk tempoh sebulan?

Dan bagaimana pengiraan di kira?

Adakah ianya berdasarkan ranking blog anda ataupun trafik yang anda miliki.

Jika anda meletakan RM100 sebulan untuk trafik berjumlah 100k sebulan. Bagaimana jiak dalam tempoh masa iklan dipasang selama sebulan tersebut hanya memiliki 40k trafik sahaja.

Bagaimana dengan pengiraannya?

Fikir-fikirkan.

4- Pendapatan diperolehi dengan penipuan

Tang ini, bro malas nak hurai pepanjang. Memasing dari kecik dah diajar “tak baik menipu” betul x..? Ke anda memang tidak tahu apa itu tipu dan penipuan?

Bro bagi contoh dalam dunia blogging.

Anda mempromosikan advertorial atau iklan sesuatu produk. Sedangkan apa yang anda tulis tidak satupun kena mengena dengan advertorial mahupun iklan tersebut.

Contohnya : “klik sini untuk menglihat gadis ghairah” sedangkan link yang diklik membawa ke laman pengiklanan gadis-gadis yang memperagakan tudung atau shawl.

Sesiapa pun akan berminat untuk mengkliknya.

Bagaimana pula dengan blog yang bertrafik tinggi sehinggakan pendapatannya beribu-ribu sebulan tetapi blognya hanya penuh dengan cerita-cerita gosip atau fitnah.

Bagaimana pula dengan blog atau laman web yang menyediakan kandungan yang dikongsikan secara haram tanpa kebenaran pemilik hak cipta?

Bicara Bro : Duit banyak belum tentu menjamin keberkatan dalam apa-apa yang kita usahakan.

Duit buat manusia lupa halal haram. Duit juga buat manusia lupa tanggungjawab kepadaNya. Duit juga memecah belahkan ikatan kemanusiaan dan menghalangkan kita mengabadikan diri kepadaNYa.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

74 thoughts on “[Tazkirah] Halal Haramnya Pendapatan Pengiklanan Di Blog

    1. sorry….. bro lebih rela kalau gurl yang muah muah dengan bro…

      if bro xtahan leh ajak kahwin… dengan lelaki.. sorry huhuhu

      hope ade dapat banyak backlink dari entry ini

      πŸ™‚

    2. orang yang dah kahwin pun boleh tambah lagi cawangan.. inikan pula yang baru bertunang πŸ™‚

      apa kaitannye..??

  1. heheheh… skali dapat backlink da… thnx bro!.. πŸ™‚

    sekali huraian padat daripada bro sudah mari… heehe..btul tu bro.. salah sumber, salah cara.. haramlah pendapatan tu..

    cuma point no 2 tu along memang stuju.. tapi haram ke tidak?.. em.. along tak rasa ia haram..

    cuma Islam tak galakkan umatnya meminta-minta..

    kiranya,
    minta klik tak haram.. tapi tak digalakkan..
    sebab ibarat pengemis *maafkanbahasa along

    1. Hope backlink memberi manfaat kepada along ek..

      padat ke..?? xde padat mana pun sebenarnye πŸ™‚ masih boleh dihuraikan lagi…

      pengemis hanya meminta tanpa melakukan sesuatu sebagai balasan…

      tetapi dlaam kes ini..

      dia melakukan sesuatu semata-mata inginkan balasan…

      niat sudah tidak menghalalkan cara

    1. sebab tue blog bro pilih color putih bagi terang orang nak baca…

      jika menarik, boleh juga dikongsikan πŸ™‚

    1. xpayah la bagi muuuaaahh2x.. bagi la pada sesiapa yang berhak…

      if nk olah benda nie dalam blog kamu pun boleh.. tapi jangan lupa back link ke blog bro πŸ™‚

  2. salam bro…
    wah akhirnya soalan sy terpilih hehehe… terharu rasenyer… tq3x

    penjelasan yang cukup bgs n tiada was3x lg dr sy…
    entri yg sgt bagus n penuh ilmu…

    1. w’salam

      maaf amik masa yang lama untuk publish entry ini.. bro dah lama siap karang. cuma memerlukan masa yang sesuai untuk dipublishkan

      hope ianya banyak membantu πŸ™‚

    1. πŸ™‚

      Bro dah xdapat dah duit dari nuffnang. Tengah tunggu check terakhir dari dorang πŸ™‚

    1. kalau diletak di tempat kedua ok lagi..

      kalau xletak terus tue yang jadi masalah πŸ™‚

    1. duit hasil iklan la..nuffnang dengan churp2 memang xleh kuar lagi. belum matang lagi…kekeke…says je da cukup.tapi x tau nak wat ape duit tuh…kekeke…

    2. bro says je selalu cash out.. boleh dikatakan tiap2 bulan bro cash out

      nuffnang dah tak cash out dah.. last pun hujung bulan lepas

      hope by next week nk cash out churp2

  3. salam ,, yeah,,ira setuju , lebih baik kalau orang klik iklan kita sebab memang die nak tau lebih lanjut ttg iklan tu,, daripada kita mintak2 suruh klik .:)

    1. sebab tue bro mention “fikir2 la sendiri”

      kalau cerita… mahu ramai yang sontap pulak

    1. permasalahan ini tetap x akan selesai.. jika tiada kesedaran..

      dan bila duit dijadikan perkara utama πŸ™‚

  4. semuanya hak masing-masing kan.. cuma gunakan pada jalan yang betul.. macam meaw pengguna nuffnang,kan dekat nuffnang tu dah letak content yg kena tick perlukan iklan dr rokok/arak ke takkan… so,semua iklan yg keluar dr nuffnang haram ke jika kita tick ‘no’ pada content/survey … haram jika kita salah gunakan je.. betul tak cara saya bro? last but not least, duit tak boleh bawak mati pon, yang penting usaha gigih kita dengan cara elok… (macam tak kena je komen meaw ni..kalau tak betul tolong betulkan ye bro)

    p/s: terabur je ayat meaw ni,huhu…

    1. yup.. memang xkena.. kena amik tuisyen UPSR dengan bro nie…

      mmg betul pun… tue baru iklan rokok arak.. belum iklan lain..

      ada sesetengah blogger main klik je semua jenis iklan yang dia nak publish di blognya.. sedangkan iklan itu mungkin tidak sesuai untuk dipaparkan

    2. wakakaka! memang kena amik UPSR balik ni,haha! tengs ye bro … nak g nyorok bawah katil lu,hehe πŸ˜€

    3. amboi.. nak kena babap nie.. orang suruh g tuisyen.. boleh pulaj nyorok bawah katil

  5. yeah..matlamat anda tak menghalalkan caranya..walau katanya untuk mendapatkan pendapatan..suruh orang klik tu taktahan..hehehe..

    nasib baik le pendapatan GA aku hasil dari klik yang natural..Google pun bleh syak fraud klik..:D

    1. he..23x jangan ingat nuffnang xleh detect fraud klik…

      cuma die malas nk suspen je… kalau suspen die rugi.. cukup la.. die xpayah kira klik tue…

      so pendapatan situ pun kabur2 gak jadinya…

      orang klik banyak.. tp income sikit… pandai x strategy dorang

  6. Sebenarnya syarikat pengiklanan di Malaysia ini prihatin juga, masa isi borang pendaftaran ada option untuk tak benarkan iklan alkohol, rokok dan yang sewaktu dengannya.

    Tetapi andai kata kita tak puas hati dengan kandungan iklan yang disiarkan, boleh kita panjangkan kepada Nuffnang dan Advertlets. Saya pernah emel kepada Nuffnang hal ini (sebab salah satu blog yg saya jaga blog agama) dan alhamdulillah tiada lagi iklan yang ‘seksa-seksa’ berulang setakat ini.

    1. baguslah jika anda mempunyai kesedaran mengenai hal ini dan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan..

      bagaimana pula dengan yang lain.

      ini tujuan sebenar entry ini ditulis atas permintaan beberapa orang blogger yang mungkin sedar mengenai perkara ini cuma terasa was-was

      pe 2pun terima kasih kerna sudi berkongsi cara tindakan anda

  7. suka entry ttg ni Bro …. sjk ada blog ni , Ain ter tanya2 jugak pasal ni …. terima kasih ada kan entry ni …. Ain share di wall Ain ye Bro …. mintak halal nihhh …… πŸ™‚

    1. Thank ain.. kalau sharekan di blog pun ok je… bro alu2kan..

      hope boleh dikongsikan pada semua…

      tetapi masih ada juga yang mempertikaikannya…

      bro malas nk cakap lebih2.. bro bukan ariff pasal agama… dalam ini bro bagi simple contoh & juga straight to da point

      xde lencong2…

  8. nak komen gak.. betulkan sy if sy salah.. iklan mr nuff contohnya.. every month iklannya akan berubah2 kan? we never know ape iklan yg akn diletakkn.. contohnya iklan spa ape something tu .. sy tak tau sebab sy tak pasang.. menunjukkan aurat perempuan… so,, dah salah di situ..

    1. kan kita boleh pilih…

      nak iklan ape muncul di blog kita… bro dah lupa jenis-jenis iklan yang ditawarkan…

      dan kebanyakan orang klik semua jenis iklan.. supaya mereka tidak termiss satu iklan pun..

    1. blog bro biasa2 je…

      ini la pun pendapatan bro dalam masa yang sama memarketkan service dan perkhidmatan bro…

      xmain ludah2 tang tue

    1. ramai yang xsedar pasal nie…

      bukan hasil dari iklan je.. hasil dari kerja sehari juga perlu dipandang sama

Leave a Reply

Top