March 29, 2024

Siapa Kata Menulis Blog Tidak Mampu Menjana Duit

Siapa kata menulis blog membuang masa dan tiada faedah.

Sedangkan mereka sendiri tidak tahu, melalui penulisan kita mampu buat duit. Bukan sahaja di blog, di akhbar, majalah ataupun untuk suka-suka pun mampu menjana pendapatan.

Bro malas nk ulas benda-benda lain.

Biar topik kali ini dalam lingkungan menulis blog sahaja.

Sepanjang bro berblog dari tahun 2006 hingga sekarang. Banyak blogger mampu menjana pendapatan dari blog mereka.

Maksud bro, bukan dari iklan Nuffy, Advert atau Innit yang di tempek pada blog. Tetapi pada kualiti penulisan mereka.

Ada dari mereka mendapat :-

  1. Kepercayaan menjadi tetamu khas (tetamu jemputan, penceramah ataupun ikon)
  2. Menerima iklan Advertorial
  3. Menerima Sponsored Post
  4. Diberi perluang menerbitkan buku
  5. Membina pengaruh dengan penulisan blog
  6. etc

Dan semua ini,

Berbaloi-baloi buat mereka.

Dan alhamdulillah, bagi bro sendiri.

  1. Dari blog, bro mampu membina kenyakinan kepada orang lain sehingga beberapa kali di invite untuk memberi ceramah mengenai apa yang bro kongsikan di blog bro.
  2. Melalui penulisan blog, bro menerima iklan advertorial. Walaupun tidak sekencang sesetengah blogger. Tetapi ianya berbaloi buat bro. Sebab bro yang cari sendiri advertorial ini.
  3. Dengan kekuatan blog bro, bro menerima sponsored post. Dan dijemput untuk beberapa event yang mereka anjurkan.
  4. Bro juga pernah diberi perluang untuk menulis buku.
  5. Pengaruh…?? Bro pun tak pasti. Bro ada pengaruh atau tidak dalam dunia blogger nie. Tetapi bro tetap ada pengaruh di dunia realiti. Dari dulu hingga sekarang nie. Sebab..?? Mereka lebih tahu siapa bro sebenarnya.

Dan korang perlu ingat.

Duit tidak mampu menjamin segala-galanya.

Korang bangga dengan blog korang hari ini. Esok lusa, blog korang mungkin hanya tinggal sejarah sahaja.

Bicara Bro : Bro dalam proses menjana pendapatan 4 angka dari blog untuk sebulan.

Bagaimana..?? Sama ja caranya dengan dia, dia juga dan mereka yang mampu menjana pendapatan begitu.

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

39 thoughts on “Siapa Kata Menulis Blog Tidak Mampu Menjana Duit

    1. he..23x biar la die cari… jangan lupa pendapatan kita memang perlu di taxkan.. jangan lupa bayar zakat juga :)

    1. mane ade hebat.. biasa2 je.. ade rezeki ade la.. if xde.. xleh nak buat ape2

    1. bro xtau ape2 la zati he…23x perlukan seseorang di sisi bro untuk bagi kekuatan

    2. bro tau tu.. cuma takda daya je kan. hehe..so kena la carik seseorang tu cecepat.. hehe :)

      “behind every man success is a woman” :)

    1. betul tue :)

      jangan la stop berblog.. jika mampu memberi impak di masa hadapan

  1. wah. bila nak setanding bro ni? ya, blogger tak perlu berharap sangat dengan nuffnang atau innity. ada cara lain yg lagi best seperti mencuba pemasaran emel pulak. tu salah satu cara jugak tu.

    saya setakat cakap di blog mampu la, tapi kalau nak bagi ceramah tak lagi kot hehe

    1. ala sape2 pun boleh tandingi bro.. bro bukan bagus mana pun huhuhu…

      bro belum mencuba lagi pemasaran email.. akan datang mungkin.. siapa tahu kan

      bro dah biasa dari sekolah bagi talk depan orang… sampai la sekarang…

      cuma masih menumpang dalam event & bengkel orang lain

    1. bro bukan selebriti..

      Bro bukan sesiapa.. Hanya melakukan sesuatu yang memenuhi minat bro

    1. w’salam.. bro pun tumpang berbangga walaupun penulisan bro masih belum mantap lagi

  2. suatu hari nanti aku mungkin tak tulis lagi blog..sebab aku mencari recurring income..kalau buat pun,mungkin hanya hire bberapa puluh orang writer untuk handle blog beratus-ratus tu…ahaks..

    erm..cuma aku dalam proses nak buat ‘SUPER BLOG’ mungkin lambat…kot dapat setanding Mashable ke..kan ke best?tak target pun income 4 angka ke 5 angka..yang penting income tu tak terputus,walau aku tak berblogging selama 6 bulan sekalipun..:D

    1. Yup.. aku pun nak buat cam tue…

      Kalau aku mampu T-T

      Tapi semua blog aku tiada satu pun yang mantap

  3. pengaruh tu ade la jugak sbb nama familiar..boleh lawan dgn bro ben ashaari dah. hehe.

    Yep, dulu2 rajin la jugak dtg buat blogwalking, skrg tak selalu sgt dah sbb bizi. Tapi masih singgah bila ade masa. jadi silent reader :)

    1. fimiliar ke…?

      Bro tidak terniat nak lawan Ben Ashaari tue.. Tapi ok la, even ada orang nak lagakan kami berdua.

      Tiap kali bro lepak dengan dia, terbuka semua cerita.

      Kami bantai gelak je la..

      Bro pun tak sempat nak blogwalking.. eh silent reader ke..??

      sila la berbunyi…

      Nemo nemo….

Leave a Reply to zulkbo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *