You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Saman Fitnah Ke Atas Blogger

17,413,349 total views, 1,744 views today

Saman Fitnah Ke Atas Blogger

Dalam tempoh sebulan ini,

Ada saja kes blogger-blogger yang masuk paper.

Kalau masuk sebab yang baik, tak apa la juga. Ini kebanyakan cerita yang kurang enak tetapi dicanang-canang untuk menaikan penjualan akhbar.

Kali ini pasal isu saman dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia terhadap fitnah yang dibuat kepadanya di laman blog.

Blogger yang dimaksudkan adalah sharpshooterblogger.blogspot.com, iaitu Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat.

[ada kena mengena juga dengan politik juga]

Di sini bro kongsikan beberapa keratan dalam akhbar untuk maklumat anda

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam memenangi saman fitnah terhadap seorang penulis blog berhubung artikel memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof memutuskan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah memfitnah.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. berserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Menurut Rais,

Seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya serta perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.




Pesanan Bro : Pastikan penulisan anda tidak melampau sehingga menyentuh sensitivity orang lain.

Kalau tidak anda juga mungkin disaman. Kenyataannya sesiapa juga boleh menyaman dan disaman.

Dan penulisan dan blog anda boleh dijadikan bukti atas kecuaian yang disengajakan oleh anda.

Maaf jika bro bercakap mengenai undang-undang komunikasi & multimedia. Sebab bro pernah berlajar di universiti dan juga pernah terlibat dalam kovensyen yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)

Cukup sekadar bro kongsikan dan menjalankan kewajipan untuk menegur atau memperingatkan.

Dalam kes ini,

Mungkin ada melibatkan kepentingan politik, yang terlibat pun masing-masing orang politik. Setakat saman menyaman dan macam pencuci mulut bagi mereka.

Bagaimana pula dengan anda?

Mampu ke membayar upah penguam bela jika anda didapati bersalah? Jika anda kalah, mampukah anda membayar saman yang dikenakan kepada anda?

Nak harap pendapatan blog dari Nuffy, Advert & Inni pun belum mampu nak selesaikan jumlah saman yang dikenakan

So, fikir-fikir sendiri.

Bicara Bro : Boleh dikatakan kebanyakan blogger sekarang berpendidikan tinggi, tetapi akal dan pemikiran masih kurang matang. Semua benda diambil mudah.

Bro dulu pun pernah berada dalam dunia politik, bukan dibawah tetapi diatas. Pernah dikenali sebagai blogger politik [cukup la, itu kisah lama bro]

Ada beberapa blog politik, yang bro masih respek sehingga ke hari ini.

Jangan disebabkan nila setitik habis baju bertompok-tompok #perlibahasa

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

34 thoughts on “Saman Fitnah Ke Atas Blogger

  1. tapi blogger niche politik ni mesti ada income ribu2 sebulan, mcm MiloSuam dan Kerabu Bersuara tu. huhu.
    tapi etika berblogging kena la jaga walaupon income tebal, kan?

    1. Ops pasal income blogger niche politik, bro xnak cakap ape2..

      Memang masyuk, kadangkala lagi masyuk dari innity,

      If mu usha blogger politik yang manatap.. kebanyak isu yang diutarakan lebih tercover dan nampak lebih profesional..

      Sebab itu mereka layak dianggap blogger polotik dan berhak dapat income cam tue

  2. Hrm… Hal nie agak lah… Blogger-blogger jangan la cepat sangat melatah… Nak cari traffic guna isu pelek2… Yang langgar sensitiviti plak tu… Ditambah lagi dengan garam dan gula fitnah… Jawabnya memang jadi cococrunch la…

    Bro ad masa g la tengok blog picisan yang baru buat nie… Try cuba nak buat topik picisan tp ntah la… http://notifikas1.blogspot.com/

    1. Mu guna persaman kimia mane pulak nie.

      Gula + garam fitnah = cococrunch

      Insya’lah ada masa bro lawat.. ada masa drop link ini dekat fan page bro

  3. Bila mereka rasa suara mereka tak didengari, lebih baik menulis…
    saman saman tu nnt pasti ada yg tukang bayar…apa nak heran???
    itulah politik negara maju mcm negara kita ni…

    1. Kalau saman politik, mungkin ada mana2 pihak yang support belakang.

      Bagaimana pula dengan kita, yang kerje makan gaji itu pun masih tak mencukupi.. lagi2 nk bayar saman..

      So fikir-fikirkan

    1. Betul tue once..

      Tapi biasa la.. sape la yang nk kutuk diri sendiri kan.. cer cite..

    1. Selamat politik je rajin menyaman..

      Dekat US sane.. pencuri pun boleh saman tuan rumah yang die nk curi

    1. benda ini xkan reda…

      now blogger mempunyai kuasa dalam media… jika tersilap langkah… blog juga akan menjadi salah satu medium untuk saman menyaman dimasa hadapan

    2. baik aku setup niche blog banyak-banyak..hahaha..takde kacau sesape pun lagi dah..blog politik ni le wat kecoh sampai blogger-blogger lain kena tempiasnya..hampeh

  4. huuyyaaaii,,, tak sanggup eden kot kena saman..gaji bulan2 ni 10 taun pun belum tntu dapat bayar pguam or saman malau segala tu…

    dats y sy taknak menulis pasal isu2 semasa sngt..especially pasa individu dan jugak politik. sbb tkut nnt salah tulis buruk padahnya..

    1. xsalah menulis.. asalkan tidak menyentuh sensitivity dan mereka yang berkepentingan ๐Ÿ™‚

      susah2 je buat je isu pasal bro.. settle masalah

    2. hahaha..mmg tak slh..kekadang kesilapan mnulis tu pun boleh jd penyebab kan. kot2 slh penggunaan ayat dan org pulak salah tafsir.

      hmm, nak citer pasal bro eh..ok gak tu..tp apa yg nk sy critakan tu?

    3. cakap la bro tengah mencari teman hidup he…23x

      jangan gatai nak buat… xpasl2 ramai yang meraung dekat luar sana tue

    4. ting! ada idea dah..okeyh sy nk bt entry tu eh..lalalalalalalala

      tpi confius, knapa diorg nak meraung pulak? bkn ptt hepi ke sbb borang dah sedia dibukak. tinggal apply je kan kan kan ๐Ÿ˜›

  5. betul, betul sebelum menulis tu kena semak balik apa yang nak ditulis.. jika ia melibatkan fakta mesti rujuk pada pihak yg berkenaan.. misalnyer ieb nak buat entry pasal bersih ieb sellau rujuk pada asben sebab dier kerja SPR, tu tak pernah tulis pasal bersih tu.. hihiihihihi

    1. Betul tue IEB ๐Ÿ™‚

      Macam bro sebarang benda & nasihat motivasi dalam blog nie based on pengetahuan dari pemerhatian dan pembacaan bro..

      Bukan bro sesuka hati men cakap je

  6. perlukan keberanian yang tinggi untuk jadi blogger politik ni…banyak risiko yang perlu ditanggung…boleh menulis, tapi fakta dan sumber perlulah sahih untuk disebarkan…

  7. yup..memang tak dinafikan lagi blogger politik ni walau kat mana sekalipun akan femes..keyword politik ni memang kat malaysia ni amat hot..

    tapi kalau politik Amerika..keyword Obama je dulu..mak ai..berapi gile..sampai sales Ebay pun ada keyword Obama..:D

    apa pun, aku amat tak best baca blog politik..bosan seh dan jauh menyimpang dari apa yang aku cari kat blog-blog..hehehe

Leave a Reply

Top