April 26, 2024

Puaka Tebing Biru

Malam tadi,

Bro terasa malas sangat nak online.

So bro belek-belek tv sekali ternampak si Fahrin Ahmad berlakon.

Layan punya layan, baru sedar ini cerita Puaka Tebing Biru.

Ini cite hantu dan bukan cerita blue ek.

Bro pernah tengok cerita ini dekat panggung. Siap bro hayati watak yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad.

Betul-betul menjadi la.

Bila fikirkan balik, bro mampu jadi macam dia dulu. Cuma dulu, dan bukannya sekarang. Banyak gak perbezaan bro yang dahulu dengan yang sekarang.

Sipnosis :-

Ratna adalah rakan karib Ayu yang tinggal bersebelahan rumahnya sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin.

Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat keizinan ibu mereka. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya, Ayu.

Selepas 5 tahun berlalu, Ratna kini berjaya sebagai seorang petugas di unit forensik di sebuah hospital di Kuala Lumpur . Namun ada sesuatu yang menghantui hidup Ratna. Ratna tidak pernah tenteram sejak 5 tahun yang lalu. Bayangan seorang wanita sering mengganggunya. Ratna jadi semakin tertekan sejak akhir-akhir ini.

Selain bayangan wanita tersebut, muncul pula bayang seorang kanak-kanak perempuan. Bagi menenangkan fikiran, Ratna mengambil keputusan bertemu keluarganya. Itulah pertemuan pertama mereka sejak Ratna berhijrah ke bandar. Setelah bertemu, mereka mengambil keputusan bermalam di rumah pusaka tinggalan bapa mereka yang terletak di tepi pantai.

Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku sepanjang malam di situ. Lebih menggerunkan apabila Atilia dikunjungi seorang kanak-kanak perempuan misteri mengajaknya bermain di tepi pantai.

Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan orang kampung sedang mengusung keranda ke tanah perkuburan. Apakah misteri di sebalik kemunculan bayangan wanita dan kanak-kanak perempuan tersebut? Siapa kanak-kanak itu?

Suspen tak cerita nie..??

Bro sedar-sedar dah pagi rupanya. Cepat betul bro terlena he…23x

Bicara Bro : Bro sedar, bro makin lama makin tidak romantik.

Mungkin sebab tue kot, tiada yang sudi dengan bro he..23x teeeettttt ini bukan ayat marketing promote diri sendiri ek.

kalau berminat sila amik borang poligami di kaunter 5.

Korang rasa bro jiwang tak if layan cerita ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Puaka Tebing Biru

    1. meh bro temankan… confirm ada sound effect tambahan dari bro sampai la ke pagi he..23x

Leave a Reply to SS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *