You are here
Home > Uncategorized > Juara Liga Super 2011

17,433,198 total views, 863 views today

Juara Liga Super 2011

Malam ini bakal menentukan siapakah yang lebih layak bergelar juara Liga Super 2011 antara Selangor, Kelantan atau Terengganu.

Sejak edisi sulung Liga Super diperkenalkan pada 2004, belum pernah berlaku, penentuan juara terpaksa dibuat sehingga perlawanan terakhir.

Pasukan yang dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 akan menempah tiket layak beraksi pada Piala AFC 2012.

Kelebihan kini tampak memihak kepada pendahulu liga,

Kelantan yang hanya perlu seri ketika bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Jika mencatat keputusan seri atau menang, skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu sah bergelar juara buat kali pertama tanpa perlu mengetahui dua keputusan perlawanan membabitkan Selangor dan Terengganu.

Namun andai Kelantan tewas, peluang untuk bergelar juara menjadi milik Selangor dengan syarat skuad kendalian K. Devan itu berjaya mencatat tiga mata penuh ketika berdepan Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Ia sekali gus bakal menjadi sejarah tersendiri buat Selangor apabila muncul juara Liga Super buat tiga musim berturut-turut.

Terengganu hanya akan dapat menjuarai Liga Super jika mereka menang besar ke atas Felda United sambil mengharapkan Kelantan dan Selangor tewas.

Keputusan Perlawanan boleh dilihat di sini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Juara Liga Super 2011

Leave a Reply

Top