Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

15,994,693 total views, 80 views today

Jangan Cari Teman Lelaki Yang Lewa Dengan Tanggungjawab

Pesanan bro kepada perempuan-perempuan yang membaca penulisan bro ini.

Jangan tersalah cari teman lelaki yang tidak bertanggungjawab atau yang selalu amik lewa.

Bro tertarik dengan kandungan akhbar mengenai kes pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin

Sikap sambil lewa teman lelaki Nurrahayu Qomarodin, 16, disifatkan tidak bertanggungjawab.

Ini kerana sikapnya yang menyebabkan mangsa bukan saja dipercayai dirogol, malah dibunuh sebelum dikerat dan dibakar.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan menjerit meminta teman lelakinya itu mengambilnya semula selepas lelaki itu meninggalkannya di pondok pengawal berhampiran rumahnya di tapak pembinaan.

Bagaimanapun, jeritan mangsa tidak diendahkan lelaki berusia 28 tahun itu yang terus berlalu kerana menyangka Arwah dimarah atau dibelasah bapanya.

Teman lelaki sudah berumur 28 tahun, tetapi belum menjamin kematangan dan mampu memikul tanggungjawab.

Bro sendiri mengakui bro masih belum sedia untuk memikul tanggungjawab walaupun kenyataannya bro sudah bersedia. Ini kerana di akhirat kelak, benda ini yang akan dipersoalkan dahulu.

Apa yang bro boleh kongsikan kepada semua?

Ciri-ciri teman lelaki yang bertanggungjawab dan layak dibuat suami :-

  1. Mengutamakan solat.
  2. Mengutamakan ibubapanya
  3. Mengutamakan keselamatan keluarganya dan orang sekeliling
  4. Mampu membimbing dan memimping
  5. Menjaga kehormatannya dan juga anda
  6. Sentiasa berfikiran rasional dalam sebarang tindakan yang diambil atau akan diambil.




Kenapa ciri-ciri ini perlu ada baru mereka layak menjadi calon suami anda?

1- Mengutamakan solat

Solat merupakan tiang agama. Tanpanya maka tidak teguhlah agama seseorang itu.

Jika perkara wajib dan diamanahkan kepadanya sejak azali tidak ditunaikan. Bagaimana pula dengan amanah yang diamanahkan semasa akad dilafazkan?

2- Mengutamakan ibubapanya

Bukan bermaksud beliau anak manja. Tetapi menyatakan bahawa, mereka lebih utamakan keluarga dari perkara-perkara lain.

Jika anda menjadi isteri mereka. Maka anda juga adalah keluarganya.

Tetapi jika anda sekadar awek, xperlulah nak mempertikaikan kenapa anda diabaikan dan beliau utamakan ibubapanya.

Dan jelas-jelas menunjukan kegedikkan anda he..23x

3- Mengutamakan keselamatan keluarganya dan orang sekeliling

Sebarang tindakan atau ancaman akan beliau hidarkan dari menimpa keluarga mahupun orang sekeliling.

Maksudnya, tidak terlibat dengan benda-benda yang memudaratkan diri sendiri mahupun orang disekelilingnya. Contoh merempit, kongsi gelap mahupun meminjam along.

4- Mampu membimbing dan memimping

Perkara yang penting juga.

Jika ingin menjadi suami, kena pandai membimbing dan memimping anda dan juga keluarga.

Berbalik kepada yang pertama, jika beliau tidak mampu membimbing diri sendiri untuk solat. Bagaimana pula beliau nak memimping orang lain untuk berjemaah bersama.

5- Menjaga kehormatannya dan juga anda

Malas nak ulas pepanjang. Korang pun boleh fikirkan sendiri.

Tetapi korang sendiri yang merelakan ianya terjadi kepada diri anda.

Cari la calon yang mampu menjaga kehormatan dirinya. Dan juga kehormatan anda 🙂

6- Sentiasa berfikiran rasional dalam sebarang tindakan yang diambil atau akan diambil.

Ini yang terpenting.

Sentiasa berfikaran rasional dalam sebarang tindakan yang diambil. Kalau tidak, ada yang makan penerajang, pelempang mahupun terseksa jiwa dan batin.

Paling parah, jika sesenang je jatuhkan talak keatas kamu.

Fikir-fikirkan la ek

Bicara Bro : ini je yang mampu bro kongsikan, terima kasih kepada sesiapa yang sudi bertanya bro ciri-ciri lelaki yang layak dibuat suami.

Hope korang pandang benda ini sebelum tertarik dengan kehenseman & kemewahan seseorang lelaki itu

Bagi yang nak amik Peperiksaan Menengah Rendah – PMR mahupun Sijil Peperiksaan Malaysia – SPM tak payah fikir benda-benda macam nie. Tak masuk exam pun.

Related Post @ Broframestone

67 Comments

  1. entry nih best~ adoi.. sekarang budak2 skola rendah pon da pandai bercinta2 ni.. masalahnya bila tak dikawal, jadi camni la.

    mak slalu pesan.. da blaja tinggi2, ade harta, takyah cari, cinta dtg sendiri. 🙂

    1. best ke entry ini…?? sila like ek.. 🙂

      bro nak tunggu cinta datang sendiri boleh 🙂

  2. ieb tengok budak sekolah rendah skang nie pun dah pandai bercinta… hadoiii… zaman dah berumah… dunia dah semakin cangging dengan teknologi…

    1. ekekekek..kak IEB, tu lahh dunia semakin canggih sampai kak IEB pun typo tulis cangging..hahaha ngee gegurauu 😀

    2. bila mak bapak dok ralik layan facebook, anak pun join sama juga…

      mak bapak guna untuk benda lain..

      anaknya..?? memang ke lain perginya

  3. budak zaman sekarang tak kira orang, semua nak, asal digelar ‘couple’ tapi tak berfikir dengan matang setiap tindakan yang dilakukan,tak kira di usia dewasa atau muda…

    1. yup.. jika mereka mampu memikulnya.. itu la lelaki terbaik. dan bukan yang mengabaikan tanggungjawabnya

    1. bro masih belum bersedia lagi, tapi mana tahu, sekali harung 4 orang kan huhuhu

    1. seelok-eloknya..

      tetapi pengaruh persekitaran banyak mempengaruhi… lagi2 la banyak cerita cintan cintun di tv

  4. Kalau ikutkan benda-benda mcm ni,2-2 bersalah…Pertama,lelaki tu ada hati nak bercinta,tp takde rasa tanggungjwp lgsg…Kedua,perempuan yang mudah percaya sangat pada lelaki…

  5. tapi ramai bebudak skang ni tengok..

    1.mesti hensem
    2.mesti hensem
    3.mesti hensem
    4.ada duit

    kalau takde faktor 4 yg utama tu,depa demand tinggi..kononnya depa berhak pilih..hahaha..bile dah terjadi perkara tak elok,katanya dah takdir..padahal bukan takde Allah kasi guideline..

    org degil memang begitu..dah kena baru la nak menyesal..tapi kalau dah putus nyawa baru menyesal camne? 😀

    1. allah dah bagi guideline.. kita je yang xperasan pasal benda nie…

      dah putus, nak menyesal ape..??

    1. tak mustahil… cuma ramai yang xbuat penilaian ikut kateria yang bro kongsikan ini

  6. salam,

    sedih lah kalau cerita2 camni keluar paper…
    dunia sekrng dah tak selamat… sedih jugak sbb pengakhiran kehidupan arwah macam tu…
    semoga ruh nya tenang dan aman di sana
    al-fatihah

  7. manusia sekarang terlalu mengikut hawa nafsu dan kata hati…
    yang saya nampak di zaman internet laju ni, manusia selalu membelakangkan keluarga terutama ibu dan ayah…

  8. best lah entry neh…nasihat yg bguna…jangan duk tgok jambu cket,kacak cket dah cayo [kate org perak]…alhamdulillah br0..! sy jmp ade kesume 5 ciri2 tsebut… =)

    1. yup betul tue…. 🙂

      mak bapak selalu pandang n beratkan pada segi kewangan je

    1. Pilihan tidak akan salah jika kita nampak itu yg terbaik untuk kita seperti yang dijanjikan olehNya..

      Takut kita pula yang tidak layak untuk sesiapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *