You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > [Fitrah Manusia] Rintihan Hati Mereka Yang Menghadapi Kekeliruan Jantina

17,443,676 total views, 2,887 views today

[Fitrah Manusia] Rintihan Hati Mereka Yang Menghadapi Kekeliruan Jantina

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata,

Masyarakat perlu meneliti dan memahami masalah golongan terbabit, bukan sekadar menghukum mereka.

Ianya membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya.

Masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing.

Dalam kes ini.

Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki.

Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu.




Walaupun belum ada program atau model khusus untuk mendidik dan membimbing golongan ini, namun kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak termasuk kementerian untuk memperkenalkan program khusus untuk membantu golongan ini.

Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria,

Ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan yakin jumlah itu sudah bertambah.

Masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis,

Ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100 kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.

Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.

Penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya.

Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan.

Bicara Bro : Bersyukur dengan apa yang dia kurniakan.

Cantik gak dia, nampak macam perempuan betul. Oh susahnya nak mencari perempuan yang terbaik dalam hidup ini.

Dalaman kadangkala tidak sama seperti di luaran. Silap hari bulan, luar perempuan. Dalamnya jantan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “[Fitrah Manusia] Rintihan Hati Mereka Yang Menghadapi Kekeliruan Jantina

  1. haram tetap haram, cari cara lain…yang penting, jangan ubah jantina. jangan ubah kurniaan Allah. nak jadi lelaki lembut tak salah. laki yang sopan santun. tapi.. jangn sampai tukar jantina dan perangai macam perempuan.

  2. macam2 dunia sekarang kan? urm hope mereka dapat fikir dengn baik wee 😉

    dr mashita grr dah kurang minat dgn dia even dulu minat giler2 dengar ceramah dia sebab dia bnyk berubah lepas masuk parlimen wee 😉

  3. Kalau tak silap dia ni lahir khunsa, kategori wadhih atau musykil, itu tak pasti. Tapi yang pastinya, dia ni bukan lelaki tulen buat-buat nak jadi pompuan. Ada sebab dia mintak tukar nama. Ada sebab dia buat operation dulu. Perkara-perkara macam ni membukak mata kita terhadap golongan yang lahir-lahir mempunyai masalah jantina dari aspek fizikal. Ni bukan kes pengkid atau pondan terikut-ikut nak membapukkan diri hanya dengan perlakuan auuu-auuu semata-mata. Daripada kita kutuk, maki, caci-cerca, lebih baik doakan masalah mereka dapat diselesaikan dengan baik. Takkan nak tunggu besok lusa anak kita lahir ada pedang dan lurah dendam baru kita nak beringat? He he he…

Leave a Reply

Top