April 16, 2024

Bro Nak Jual Blog BroFramestone, Ada Tak Yang Nak Beli

Bro terbaca di akhbar,

Remaja perolehi AS$100 juta dengan menjual laman web yang mereka bangunkan.

Dan laman web tersebut telah wujud selama 6 tahun dengan berjaya menarik minat 70 juta pengguna dan ia dilihat sebanyak 1.2 bilion kali sebulan.

Seorang gadis, Catherine Cook dan dua saudara lelakinya, David serta Geoff bergelar jutawan selepas laman web ciptaan mereka, MyYearbook dibeli pada harga AS$100 juta (RM296.6 juta) oleh pihak laman jaringan sosial Latin, Quepasa, lapor sebuah akhbar semalam.

David mendapat idea untuk menghasilkan laman web berkenaan semasa dia dan kakaknya menyelak buku tahunan sekolah mereka pada 2005.

Ketika itu, dia berusia 15 tahun, manakala Catherine setahun lebih tua.

Buku tahunan sekolah di AS menyimpan gambar dan nama para pelajar senior selain maklumat mengenai pelbagai pertubuhan serta aktiviti sesebuah sekolah yang dicetak pada setiap tahun.

David dan Catherine kemudian berusaha untuk mencipta buku tahunan digital di Internet dan menamakan laman web tersebut, MyYearbook.

Wah mantapkan.

Blog bro dan semua project yang bro bangunkan tidak mampu lagi menjana trafik dan pendapatan sebegitu.

Tetapi siapa tahu untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Lagipun jual blog / website lagi masyuk dari jual domain.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Bro Nak Jual Blog BroFramestone, Ada Tak Yang Nak Beli

  1. bro.. saya tengok kebanyakan yang kaya dari internet kat barat, diorang jual produk.. blog ni sekadar pengantara atau medium pengiklanan je. Kalau nak kaya bro jual ar mug ke tshirt ke yang jenama framestone.. mesti ramai beli sebab bro dah ada pelanggan tetap. heehee
    .

    1. yup betul tue…

      malaysia yang kaya dari blog juga begitu… cuma lately bila fenomena selebriti blogger.. macam xnampak dah golongan cam nie…

      cam bro.. ramai yang xsedar blog bro ada menjual sesuatu…

      walaupun xbanyak tetapi permintaan mereka pada bro tinggi.. belum di blog yang lain

      t-shirt…??

      xperlu kot.. cukup la ben ashaari je yang buat..

  2. myyearbook tu mmg skg disebut pesaing facebook yg utama di USA. xhairanlah dibeli pada harga USD100juta. tp klu diorang pandai manage sendiri, mesti boleh up lg harga sampai berbillion2

Leave a Reply to ekspresiruang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *