Dalam hidup ini,

Perlu ada asas dalam memastikan masyarakat hidup bermuafakat dengan adanya sifat hormat menghormati.

Bro saja je buka cerita pasal ini.

Cuma tergerak hati bila membaca komen anonymous yang dilontarkan di blog bro.

Tiada langsung etika langsung dan bila 2-3x baca, macam tiada pedoman hidup pun ada juga.

Umur pun masih belas-belas,

Tetapi ayat yang dilontarkan menyatakan ketidak puas hatian beliau terhadap bro. Apa yang bro buat?

Ke ada yang bro perkatakan terkena batang hidung sendiri. Siapa tahu kan.

Bro pun tak tahu bagaimana nak wujudkan sifat hormat-menghormati. Adakah kita perlu ada,

  1. Kedudukan dalam masyarakat
  2. Keyataan duniawi
  3. Pangkat dan jawatan
  4. Tahap pendidikan
  5. Kekuatan dan kekuasaan
  6. Memiliki sesuatu yang orang lain tiada

Baru boleh dihormati dan disanjungi.

Bagi bro, cukup la hormat menghormati mereka yang lebih berumur, lebih berilmu dan pandai menjaga amalannya.

Dan dalam masa yang sama,

Perlu juga menghormati mereka yang lebih muda, turunkan ilmu pada yang memerlukan dan bimbing mereka untuk beramal sama.

Fikir-fikirkan & selamat beramal.