Top Blogger?

Bro bukan top blogger, encik/puan/cik salah orang nie.

Bro bukan top blogger. Blog pun biasa-biasa je. Trafik pun sikit je.

Bukan bro pendapatan beribu dari blog ke?

Eh, ada ke…?? Siapa la nak bagi bro duit beribu-ribu. Beribu pun dari usaha bro mencari business dan promote service bro di blog je. Kenkadang ada kenkadang xde. So tak melayakan bro menjadi top blogger.

Bro tertarik dengan entry dari 2dayblogger & Bean Moreno pasal status Top Blogger yang diagung-agungkan oleh sesetengah blogger.

Mereka mengatakan,

  1. Tak perlu jadi top blogger jika nak jana duit dari blog
  2. Hebat sangat ke blogger tue.

Bagi bro,

Blogger yang hebat, blogger yang naik melalui penulisan. Bukan sebab dia sendiri azalinya hebat mahupun mukanya azalinya boleh dijual.

Mereka mempunyai gaya pernulisan yang tersendiri dan mampu memukau sesiapa yang membacanya dan dalam masa yang sama mampu menerima feedback yang positif dari setiap penulisannya.




Meh bro kategorikan beberapa jenis blogger [Tetapi bukan semua ek]

 

1- Top Blogger

Mereka yang mempunyai pengaruh mereka sendiri.

Dan penguasaan mereka bukan sahaja dalam dunia blogger semata-mata, tetapi juga di dunia realiti. Dan apa yang mereka kongsikan di blog memang bermafaat dan mampu memberi inspirasi kepada semua

Contoh yang terbaik : Tun Dr. Mahathir Mohamed

2 – Popular Blogger

Blogger yang popular dan selalu menjadi perbualan walaupun dimana-mana. Even yang bukan blogger pun kenal mereka.

Dan blogger ini popular disebabkan oleh blognya dan bukan orangnya

Contoh yang terbaik : Ben Ashaari

3- Blogger Retis

Blogger yang naik disebabkan oleh keistimewaannya.

Dari penampilan dan gaya mereka sendiri.

Malas nak cakap bebanyak. Contoh ramai sangat. Penat nak mention sorang sorang.

Bicara Bro : Bro bukannya top blogger, blogger popular mahupun blogger retis. Bro berblog untuk berkongsi cerita, pengetahuan dan pandangan bro.

Dan kebanyakan benda ini selalu bro selitkan dalam talk @ ceramah bro. Ianya menjadi kebiasaan bro, maka bro kongsikan di blog bro.

Boleh tak kongsikan dengan bro siapa yang korang rasa top blogger, blogger popular mahupun blogger retis bagi anda?

Maaf, bro tak reti bagi ceramah untuk budak-budak yang nak amik Peperiksaan Menengah Rendah – PMR mahupun Sijil Pelajaran Malaysia – SPM, kalau ceramah motivasi reti la he..23x