You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Terbaca Entry Balasan Dari Adinda Evans

17,444,342 total views, 3,553 views today

Terbaca Entry Balasan Dari Adinda Evans

Bro terbaca entry balas dari Adinda Evans di blog beliau.

Dan seperti mana yang bro ada mention dalam entry terdahulu dan untuk peringatan kepada blogger-blogger diluar sana supaya jadi lebih berprofesional dalam berblog dan berfikiran matang, bukan buat-buat matang.

Korang tak malu ke, kena hentam dengan budak yang umur pun belas-belas PMR pun tak lepas lagi atas sebab tindakan korang yang terang-terang menunjukan anda tidak matang.

Direct je dia cakap,

Korang ada Ijazah ke berlajar tinggi-tinggi, tak boleh dijadikan alasan untuk korang memaki dia, menghina dia, atau mengelarkan si Adinda Evans dengan berbagai gelaran.

Siap buat fan page lagi. Adeh, perlu ke..??

Malu tak korang jika bro nyatakan bahawa budak yang korang psyco tue lagi matang dari korang yang terang-terang menunjukan tahap pemikiran manusia yang jahil.

Walaupun dia tiada dara atau nampak tidak bermaruah dengan pengakuan berani mati beliau.

Tetapi korang lagi jahil berganda-ganda,

Bila melebalkan beliau dengan gelaran bukan selepas dia mengaku kesalahan beliau.

Bila memaki hamun beliau dengan sejarah silam dia

Bila memalukan beliau yang umur masih setahun jagung. Sempurna sangat ke korang?

Sehina-hina beliau, keluarga dia masih lagi menerima beliau. Korang..?? Cuba korang pula berada dalam situasi beliau, entah-entah facebook & blog korang tutup terus.

Then siap Harian Metro dok call & cari korang. Sanggup x korang?

Bicara Bro : Profesional Blogger adalah blogger yang boleh menerima kritikan dan mampu mengambarkan pemikiran secara profesional melalui penulisannya.

Kita bukan menghasilkan blog surat khabar.

Tetapi blog dari perkongsian secara profesional & mungkin peribadi kepada pembaca & juga umum. Jika ini ada dalam diri anda, baru korang layak mengaku dekat bro yang korang ini blogger.

Kredit entry balasan Adinda Evans buat darxniq

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

35 thoughts on “Terbaca Entry Balasan Dari Adinda Evans

    1. umur 14 tahun je tue kan…

      sebab tue la bro xsanggup memalukan diri sendiri.. walaupun dah berumur..

      tapi bro kena ingat, blog ini salah satu punca pendapatan bro.. if tutup, nazak gak la..

      lagi satu. kos nak pergi dan hidup dekat afrika tue xmencukupi… sane mana ade belacan & budu.. kena import la cam nie

    1. yup betul tue mas,

      orang lain xmampu nk melindungi aib kita jika kita sendiri tidak reti nak melindunginya

    1. dekat facebook ke…?? kalau bro, die bagi hint cam tue belum tentu bro akan ingat..

      eh, artis ade masa ke nak amik tahu hal2 bebudak kecik..??

  1. First thing first.

    Tutup malu diri sendiri dahulu.

    Jgn buka aib orang.

    Jgn hina sesiapa pun kerana bukan hak kita untuk menilai ke mana dia akan pergi, syurga atau pun neraka.

    Elakkan benda macam ni jadi pada anak2 kita..ambil sebagai iktibar.

  2. Sangat menyampah dengan RATUSAN PART TIME BLOGGERS yang sentiasa berlagak nak jadik PART TIME TUHAN.

    All I can say now is, IN YOUR FACE LAH BLOGGERS AKA SERBANISTAS!

    Eh, emo plak. Kbai!

    1. amboi emonye…

      chill kojab..perkena teh.. 🙂

      rasanya xperlu kot jadi macam tue kan 🙂

    1. blog setiap orang ade ciri-ciri dan keistimewaannya..

      minat ek…

      bro tujukan kepada semua

  3. bila dah terlanjur macam tu, syukurlah family menerima kesilapan dia…ada sikit kebocoran dan keciciran dlm melaksanakan tgjawab sbgai ibu dan ayah…

    bagi msyarakat, tak perlu menyumpah seranah, masing masing perlu bersyukur dan berdoa supaya perkara yang sama tidak berlaku dalam family sendiri…

    kepada empunya diri, hidup ini masih jauh dik…

    1. manusia sentiasa melakukan kesilapan… bukan senang nak menjalankan tggjawab…

      sebab tue selain amalan, tanggungjawab juga akan ditanya di akhirat kelak…

  4. hurmm mujurla saya bukan blogger yang tergolong bersama ratusan yang lain cuba berlagak pandai dan kenkonon mulia bak lindungan kaabah gitu..

    pd sy tu blog dia dan kita tak kenal pun siapa dia ntah betul ke tidak cerita dia pasal dara tu so baca seimbas lalu je dan malas nak judge ke nak jatuhkan hukum ke pada orang ke nk bizi body usung cerita peribadi org ke sana sini jauh sekali nak bagi gelaran memacam pada orang sebab bukan hak kita nak nak suka suki gelar orang memacam nak tentukan syurga neraka pada org lain kita sendiri belum tentu matinya bagaimana huhu.

    kalau pun nak bagi nasihat ada baiknya secara tertutup dan berhemah bukannya pi komen kasar2 kat blog dia sampai satu dunia boleh baca.ingatlah tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai impian.

    1. betul tue puan nurul…

      terima kasih mengomen di blog bro..

      komen nie dah boleh dijadikan entry blog dah

    1. cara terbaik xpayah buat entry jika rasa ianya memudaratkan diri sendiri..

      ada benda yang boleh dicanang, ada benda yang tidak sesuai dicanang 🙂

  5. she’s right..and she’s wrong..haha..

    mmg dia patot mrh org yg maki and caci dia..sgt xpatot org2 tuh..klu gentle PM la, call ke soh je dia ni tutop blog..ada adab utk tegur org kan..klu dia xnk dgr, tu urusan dia dgn Allah..tanggungjawab kita utk menegur dah lepas =)

  6. kalau nk cite pasal salah, memang kedua-dua sekali salah..blogger dan juga dia..

    sebabnya?kalau nak luah perasaan yang agak sensitif tu, elok le tulis kt PM je atau letak je kat inbox FB bf beliau tu..sebab kalau dah terdedah kt dunia online..ramai blogger Malaysian yang pantang nampak hot KEYWORD…so merebaklah dengan pantasnya…:D

  7. dia salah guna kebebasan menulis blog
    terlajak perahu boleh undur,terlajak entri blgo yang dah dipublish,ramai yang print screen nanti

  8. saya tak sentuh langsung adinda , bukan sokong , tapi saya ingat ..saya juga ada anak .. moga adinda tu belajar dr kesilapannya .. dah cukup .. saya tk nak anak saya terjebak begitu …tk elok kalau terlebih2 sgt mengeji org nanti berbalik kepada kita .. dunia ni bulat ..huhuhu

Leave a Reply

Top