You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > [Tazkirah] Asas Ilmu Rumah Tangga

17,444,151 total views, 3,362 views today

[Tazkirah] Asas Ilmu Rumah Tangga

Ilmu rumah tangga bukan saja mengenai layanan terhadap suami, malah merangkumi pengurusan rumah, masakan dan pendidikan anak.

Dan setiap pasangan seharusnya saling bertolak-ansur, bertimbang rasa dan menghormati untuk memastikan keharmonian dalam rumah tangga.

Bro sendiri perasan,

Mengenai kewujudan pasangan bersikap ‘talam dua muka’. Dimana hanya bersikap toleransi dan mesra terhadap orang luar seperti kawan. Namun bersikap kasar apabila bersama pasangan di rumah.

Suami tidak seharusnya menggunakan kekerasan dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik isteri.

Sebaliknya mengamalkan ajaran Islam termasuk menasihati, mengasingkan tempat tidur serta memukul di bahagian badan yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan.

Pada masa sama, isteri dinasihatkan memperbaiki diri dan sentiasa mendalami ilmu rumah tangga untuk menjadi wanita sempurna di mata suami.

Jangan sekadar merasakan apa yang telah anda lakukan cukup sempurna dan memenuhi kehendak suami.

Bicara Bro : Setiap pasangan seharusnya saling bertolak-ansur, bertimbang rasa dan menghormati untuk memastikan keharmonian dalam rumah tangga.

Jika anda rasa masih belum merasakan ada sifat bertolak-ansur, bertimbang rasa dan menghormati dengan pasangan anda. Elok jangan berbincang untuk berkahwin tetapi membaikinya dahulu.

Takut kelak menjadi duri dalam daging

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

31 thoughts on “[Tazkirah] Asas Ilmu Rumah Tangga

  1. betul tu bro, dalam rumahtangga suami isteri perlu bertolak ansur dan saling memahami..barulah bahagia kan…
    sekadar pandangan daripada orang bujang. 🙂

    p/s:ads bro ada problem ke tu?nampak error..

    1. jika belum kahwin dah tiada tolak ansur & saling memahami macam mana pula kan…

      if orang bujang boleh cakap cam tue, inikan pula yang sudah berkahwin.. jangan la dari bujang sampai dah kahwin xsedar2 lagi kan…

      ads ek…?? itu advertlets.. macam ade prob sikit.. sebab web dorang baru je lepas kena serang dengan melware

    1. amboi… semua mu hafal ek…

      bro..?? insya’lah jika dipermudahkan olehNya setelah apa yang telah terjadi pada diri bro

    2. mana ada hafal..sebabnye mlm tadi baru baca majalah mingguan wanita yg wife beli..kebetulan ada ruangan ygn memaparkan eizlan dan isterinye tue.

    3. sambil tgk tv.time iklan selak la majalah yg ada.
      takmoh pk yg bukan2 ek.malu kat bujang yg ada kat luar sana tue ha. Eh…sape yg bujang tu eye?

    4. ye la.. sape yang bujang2 tue…??

      bro pun kenkadang terselak gak.. time bosan2 tunggu orang masa lepak dekat saloon or tempat2 gurl2 nie

  2. kalau isteri bersalah, tegur2kan. tp kalau suami bersalah, jgn ego sgt. kena la ngaku salah kita sendiri. salah org lain boleh dicari, salah sendiri takkan la tak bley ngaku. pemimpin yg hebat pasti akan mengaku kesalahan sendiri kalau dia buat silap

    1. betul tue,

      susah nak lihat pasangan muda yang senang nak mengaku kesalahan sendiri tetapi sebaliknya suka menunding jari antara satu sama lain

  3. stuju kata2 bro tu..dalam perkahwinan kena ada tolak ansur dan persefahaman..kalo tak hancuss..
    dan suami jgn terlalu ego utk menerima teguran skiranya langkah yg diatur tu agak pincang. dan isteri pun kena turut main peranan dlm keluarga..demi menjamin keluarga dan rumah tangga bahagia..
    anggap lah perkahwinan itu pertama dan terakhir.

    1. syaitan sentiasa menanti masa dan saat sesuai untuk menghancurkan ikatan perkahwinan yang sah..

      eheemmm… cam susah je nk anggap cam tue he..23x

    2. bro sijil kursus kahwin entah pergi ke mane entah.. malas nak amik lagi he…23x

      yup memang susah.. elok la jika dipersenangkan

  4. pasangan perlu saling menasihati dan menerima kelemahan pasangan seadanya.

    Bab talam dua muka tu, saya setuju. Sepatutnya mereka ni lebih mesra ngan pasangan..ini tak, dengan org luar pijak semut pun tak mati..tapi pasangan pula jadi tempat sumpah seranah dan sepak terajang.

    Minta-minta saya dijauhkan dari pasangan camtu

    1. Asam garam la penambah perisa, cuma kenkadang terbubuh cuka, madu tue yg kenkadang rasa yg sedap pun boleh jadi rasa yg teruk

  5. kena ada tolak ansur, rendahkan ego masing2 barulah aman rumahtangga…

    andai ada terasa di hati, cepat2 semuka 4 mata bersama suami/isteri di penghujung hari, supaya tak bermasam muka berhari hari…

    jgn dipendam,kelak meletup di kemudian hari…

    cubalah try…saya jarang berperang…

  6. Untuk memantapkan lagi asas ilmu rumahtangga,kita boleh pergi atau sertai kursus kahwin,banyak juga ilmu yang boleh kita dapat dari kursus tu

    1. Ramai yg dh khwon pun dh pernah pergi kursus kahwin.. tp just pergi untuk cukup syarat je

Leave a Reply

Top