Bro tertarik dengan entry bro sendiri mengenai ramai perempuan inginkan suami seperti Seth Tan dalam drama Nora Elena.

Sambutan dari pembaca blog bro juga mengalakkan.

Dan rasanya elok bro huraikan mengenai status quote yang bro perkatakan dari entry terdahulu.

Ini quote dari bro,

Yang terbaik, bila kita menerima seseorang itu seadanya dan bukan mengharap lebih dari kemampuannya.

Jika mampu, itu rezeki anda.

Jika tidak, jangan salahkan mereka.

Terima kasih buat Luna Qiszara sebab sudi menyukai quote dari bro :)

Disini bro ingin kongsikan 10 ciri pasangan terbaik buat anda:-

  1. Berterus terang dengan pasangan walaupun ianya menyakitkan
  2. Faham memahami dan bertolak ansur
  3. Menunjukan cinta pada anda dan bukan tunjuk depan orang ramai
  4. Hormat menghormati antara satu sama lain
  5. Lupakan kisah lalu [tidak mengungkit]
  6. Buang sifat cemburu [sikit-sikit tak apa]
  7. Tunjuk Komitment pada pasangan
  8. Jujur
  9. Sentiasa membimbing dan bukan menghancurkan anda
  10. Segala yang dilakukan untuk anda kerana Allah swt

Bicara Bro : Yang ke-10 itu yang paling penting.

Jika tiada, sempurna mana pun 9 ciri yang lain. Tetap juga tidak mampu menjamin kebahagiaan dalam hubungan yang dijalinkan walaupun sudah berumah tangga.

Iklan : sambutan hari bapa pada 19th June di 1utama.